Semua orang mesti buat persediaan untuk esok kan? Bukan persediaan hari raya, tapi hari mengundi. Salah ke? Apa, orang nak mengundi takda buat persediaan ke?? Mesti fikir nak undi apa, nak gerak ke tempat mengundi pukul berapa... Apa-apa pun, aku harap korang undi dengan wisely. *jap, lupa wisely dalam bahasa melayu. lantak laaa*
Pukul 2 pagi aku baru sampai Kuantan. Gigih nak jugak balik malam. Rela redah kesesakan lalu lintas bagai.*oh, skema* Aku bukan nak berpolitik. Tapi dalam perjalanan tu, dengar iklan dalam radio. Yang aku tak faham, perlu ke buat sampai macam tu? Tunjuk kekurangan orang lain, dan iklan diakhiri dengan tagline "Vote wisely, vote BN" Yang hairannya, takda pula aku dengar iklan parti pembangkang promote parti masing-masing...Macam tak adil je 'dia' sorang je buat promosi bagai. Bukan radio je, kat TV lagi la banyak.
Anyway, biarkan si luncai dengan labu-labunya...Aku sebenarnya sekarang kerja sementara di Cyberjaya. Tak perlu bagitau la syarikat apa, segan makcik..hehe. Yang paling aku suka pasal kerja ni, sebab aku dapat jalan-jalan. Yang pasti bukan holiday laaaa.
Sekarang, aku perlu handle program di satu politeknik kat Penang. Travel-travel ni bagi la kat aku.gahaha. Memang takda masalah punya. Walaupun pergi untuk kerja, aku akan pastikan aku tetap ada masa untuk berjimba...merantau...melawat kawasan.heheh. Doakan semoga kerja aku ni lama.
Nota hari ini: Hari konvokesyen tinggal lagi 11 hari!!! “\^_^/” Yang tak best, tempatnya di Arau. 15 Mei pula tengah-tengah minggu, memang tambah tak seronok..huhu. Pada sesiapa yang datang, sila bawa bunga.hahaha