Saturday, May 4, 2013

Informasi Semasa Lagi Terkini

Assalamualaikum


Semua orang mesti buat persediaan untuk esok kan? Bukan persediaan hari raya, tapi hari mengundi. Salah ke? Apa, orang nak mengundi takda buat persediaan ke?? Mesti fikir nak undi apa, nak gerak ke tempat mengundi pukul berapa... Apa-apa pun, aku harap korang undi dengan wisely. *jap, lupa wisely dalam bahasa melayu. lantak laaa*

Pukul 2 pagi aku baru sampai Kuantan. Gigih nak jugak balik malam. Rela redah kesesakan lalu lintas bagai.*oh, skema* Aku bukan nak berpolitik. Tapi dalam perjalanan tu, dengar iklan dalam radio. Yang aku tak faham, perlu ke buat sampai macam tu? Tunjuk kekurangan orang lain, dan iklan diakhiri dengan tagline "Vote wisely, vote BN" Yang hairannya, takda pula aku dengar iklan parti pembangkang promote parti masing-masing...Macam tak adil je 'dia' sorang je buat promosi bagai. Bukan radio je, kat TV lagi la banyak.

Anyway, biarkan si luncai dengan labu-labunya...Aku sebenarnya sekarang kerja sementara di Cyberjaya. Tak perlu bagitau la syarikat apa, segan makcik..hehe. Yang paling aku suka pasal kerja ni, sebab aku dapat jalan-jalan. Yang pasti bukan holiday laaaa.

Sekarang, aku perlu handle program di satu politeknik kat Penang. Travel-travel ni bagi la kat aku.gahaha. Memang takda masalah punya. Walaupun pergi untuk kerja, aku akan pastikan aku tetap ada masa untuk berjimba...merantau...melawat kawasan.heheh. Doakan semoga kerja aku ni lama.





Nota hari ini: Hari konvokesyen tinggal lagi 11 hari!!! “\^_^/” Yang tak best, tempatnya di Arau. 15 Mei pula tengah-tengah minggu, memang tambah tak seronok..huhu. Pada sesiapa yang datang, sila bawa bunga.hahaha


Motif? hehehe


post signature

Seterusnya

Wednesday, January 2, 2013

Kebebasan Hidup Praktikal

Assalamualaikum

Ok, nampak sangat dah malas nak update blog.  Dekat 4 bulan kau, aku tinggal belog ni tapi selalu makan cool blog.hahah.  Aku takda la sibuk sangat sampai takda masa nak online.  Tapi aku tak cukup masa nak online mengadap blog yang dah bersawang macam hape dah.

Hujan macam ni memang sedap berdua-duaan dengan katil dan bantal.hahaha...Dengan termeterainya perjanjian kebebasan dari kehadiran latihan industri, dengan ini, diumumkan bahawa mood malas telah diaktifkan ke tahap gaban kuasa tiga.  Segala perilaku selepas ini boleh dianggap diluar kawalan.

Okay, harini hari terakhir aku hidup sebagai pelajar praktikal.  Yang paling best, hari-hari terakhir ni la banyak kerja sampai aku balik lewat sejam.  Memang seorang pelatih yang berdedikasi kau Jah!  Pukul enam bila makhluk lain mula bangun, aku baru nak balik masa tu.


Dah, tak payah nak merapu merepek bagai.  Alhamdulillah, segalanya berakhir harini.  Lepas ni apa aku buat? Encik Abah tolong jawab "lepas ni tunggu rombongan meminang". Tuuuudiiiaaaa!  Green light atau amaran? Segala penjelasan haruslah diminta dari Encik Abah.  Kalau tanya aku, memang lain la yang aku fikir.hewhewhew...


Bila aku baca balik, macam tunggang-langgang je ayat aku...Mungkin sebab otak yang tak berapa nak stabil masa ni.


"HOIH! dah dah la tu melagha nyer...Pi siapkan report LI la!."
"Okbai".


post signature

Seterusnya

Saturday, September 29, 2012

Left Alone

Assalamualaikum
Sedar tak sedar, dah tiga minggu aku menjalani hidup sebagai pelatih dekat MPK. Alhamdulillah kerja makin mencabar. Tapi kadang-kadang ada juga masa yang memang takda kerja kecuali memberatkan mata supaya mengantuk -____- Ouh, tak lupa juga, kat pejabat tu selalu buat makan-makan makanya, itu adalah perkara yang syokkkk bangat. Lepas jamuan raya, boleh kata dah tiga kali jumaat ada makan. Hari rabu lepas makan KFC. Semalam punya la banyak lauk akak-akak ni bawa. Paling best, ikan patin masak tempoyak, sayur campur dan ikan masin. Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni masuk bahagian kira-kira atau bahagian pesta makan?

Dan sedar tak sedar, aku dah...




Dah hampir seminggu aku ditinggalkan dan menjadi wanita berkerjaya berkerja dan mempunyai anak sorang. Okay, boleh datang rumah lempang aku sebab jadi drama queen.

Untuk pengetahuan, aku bukan ditinggalkan suami lalu menjadi janda hot anak satu dan harus berkerja untuk menyara hidup demi mencari sesuap nasi untuk anak. Buat sementara waktu, aku hanya mengambil alih tugas seorang ibu yang berkerja macam ni.

Tak faham lagi?

Okay, gua sekarang jaga adik gua sementara Puan Emak dan Encik Abah gua pergi menunaikan ibadah haji Isnin lepas. Alhamdulillah sampai seruan dan rezeki untuk Puan Emak dan Encik Abah melawat rumah Allah..Jadi, aku sekarang hanya menjalankan tugas sebagai seorang anak dan kakak mithali untuk menjaga apa yang telah diamanahkan oleh my parents.

Sejujurnya aku sangat sedih dan risau. Bukan sebab my parents but I'm worried if I couldn't do what my parents asked me to do. I'm not sure if I can handle EVERYTHING on my own. Now I know how hard it is to manage the house, to cook and to take care of children (in my case, my younger brother) at the same time. It will be harder if you are a working woman like my mommy. That's why for me, the most special and powerful person on earth is not super hero or somebody else, but my mommy and daddy.

Alhamdulillah, aku boleh la juga buat apa yang diamanahkan. Yang penting, time management. Patut la selama ni Puan Emak selalu bising kalau aku bermaharajalela kat rumah..huhu.
Dengan kuasa bulannnn...Aku menghukum mu! (Nah, padan muka kau! Rasakan sekarang) T___T tsk..tsk..tsk


Moga Puan Emak dan Encik Abah dipermudahkan segala urusan dan ibadah sepanjang berada disana. Moga Puan Emak dan Encik Abah sentiasa dipelihara oleh Allah walau di mana juga mereka berada. Moga Puan Emak dan Encik Abah selamat pergi dan selamat pulang.



Nota hari ini: Belajar jadi suri rumah dan tajamkan skil memasak supaya cepat bertemu jodoh.hahahhah ^__^

post signature

Seterusnya

No Phone

Pernah tak korang rasa di mana sampai satu tahap, korang malas yang melampau sampai korang ignore je benda tu? Contoh paling simple, korang malas kemas rumah, so korang biar je rumah bersepah macam tongkang pecah. Oppss!! Sedikit hiperbola disitu. Ok. Lately aku rasa sangat malas nak guna handphone. Aku guna pun kalau nak keluar lama. Tu pun kadang-kadang aku tinggal je handphone dekat rumah.


Semua ni, well, thanks to that one person. Because of that stupid SMS. Most of the time I will shut off my phone. If I did turned it on, it will be in silent mode. Now I'm only using it as my alarm since I'd prefer my phone rather than my watch.


Actually, I can't seem to see the function of my phone anymore besides the alarm. I used to talk on the phone and reply SMS all the time, but not anymore. Now, I only used it as alarm, to play games or to take pictures. The main function of using a handphone is not in my life anymore. Handphone tu dah jadi lifeless. Ada macam tak ada je..=.=" Lagipun, tiap kali aku pegang handphone, takda pula yang nak call. Bila tinggal phone, masa tu la ada missed calls or SMS.


I had thought of changing the number at first but then, I still didn't do it. The only reason is that I'd already use the number for many things contohnya dalam urusan bank, urusan UiTM dan urusan kerja. That's why I stick to this memorial number. Lagi pun, sangat leceh nak bagitahu kawan-kawan yang aku dah tukar nombor. Kerja yang sangat tak seronok dilakukan.

Pokoknya, kalau tak dapat contact aku, harap maklum. Nak kata aku fed up n stress using a handphone, ada la jugak kadang-kadang. Bila fikir semula, rasa macam patutnya dari dulu aku tak payah guna handphone kalau kesudahannya macam ni.huhu. Kan???

"Incik telepon, saya mahu berpisah dengan kamu. Saya sudah tidak gumbira dengan kamu..huhu."


"Kalau tak nak guna phone, campak je dekat laut!" - Sila jangan tujukan ayat ni pada aku melainkan anda ingin diketuk kepala.bhahaha


post signature

Seterusnya

Monday, September 10, 2012

Hari Pertama Latihan Praktikal

Assalamualaikum


Harini aku start sem dengan belajar dalam dunia baru – dunia praktikal. Seminggu sebelum praktikal lagi dah terasa debaran. Masa tu, tiap kali fikir pasal hari pertama praktikal mesti nervous. Luaran je cool tapi dalaman ada banyak rama-rama terbang dalam perut. Tiba malam terakhir, macam-macam aku fikir. Baju apa nak pakai, kasut mana sesuai, nak bawa apa, jawapan apa nak kena sedia untuk jawab…

Konon malam tadi nak tido awal tapi ended up pukul 1.30 pagi jugak baru lena. Hari pertama dimulakan dengan bismillah masa keluar rumah dengan selawat banyak-banyak nak hilangkan gementar. Fikir positif, tarik nafas dalam-dalam…tapi jangan lupa lepas. Kalau tak, terus kereta menuju hospital seberang.

Ikut surat, awal pagi aku kena pergi bahagian sumber manusia dulu untuk lapor diri sebagai pelatih. Pagi tadi je ada 7 orang termasuk aku yang lapor diri. Lepas briefing, isi boring yang perlu, potpet sikit-sikit, baru la kitaorang berpecah pergi bahagian atau jabatan masing-masing. Aku? Bahagian belanjawan dan perolehan. Oh, ada lagi sorang budak dari Shah Alam yang sama kursus masuk bahagian yang sama. Awal-awal dah ada geng, memang senang la hidup lepas ni..hahaha

Sejujurnya, harini sangat, teramat, sungguh, begitu membosankan (betapa banyak perkataan sama erti maksudnya sangat-sangat). Lepas briefing dari Chief Clerk(CC), ada sorang akak, Kak Ida tolong perkenalkan kitaorang kat staf lain yang ada kat situ. Jangan tanya nama sebab memang aku tak ingat. Dengar sambil lalu je. Yang aku betul-betul pasti pun nama CC, Puan Zaidah.hahaha (memang masalah nak ingat nama orang)

Ouh, nak tau ape pasal aku kebosanan tahap melampau gaban kuasa tiga? Sebab harini tak buat apa kecuali menjulingkan mata tengok nombor baucer pembayaran sebab nak susun dalam fail ikut bulan. Then periksa setiap fail tengok baucer mana takda dalam fail tu. Memang tak mencabar. T__T (menangis dalam hati)

Buat kerja yang tak mencabar ni, memang mata sedap la layan feeling lagu instrumentel sorang-sorang. Mentang-mentang duk dalam air-cond, lagi sedap la mata ni layan feeling. Nak tunggu pukul 5 petang tu memang tak best bila takda kerja. Dari biar mata mengantuk, baik julingkan mata periksa baucer tu.

Mentang-mentang dapat kawan baru, terus aku ajak berjinba lepas habis kerja, gi shopping kasut lagi.hahaha..memang aku gila sebab beli sampai 2. Rilex la, bukan kasut harga ratus-ratan jauh sekali ribu-riban. Dah la aku pengaruh orang gi jalan-jalan. Pastu pengaruh pulak member baru beli kasut baru..hahaha. Ko redha jela dengan perangai kawan baru ko lepas ni wahai Cik Yana.





Nota hari ini: Semoga lepas ni lagi banyak kerja mencabar minda. Oh, khamis ni ada jamuan raya. Oohhh yeaaahhh! “\^_^/”


Motif? hehehe

post signature

Seterusnya

Thursday, August 9, 2012

Temporary Facilitator

Assalamualaikum


Lebih kurang seminggu je lagi untuk kita berpuasa.  Sepanjang cuti ni, memang aku tak buat apa.  Nak kerja memang tak laa sebab aku nak gunakan masa cuti ni untuk betul-betul cuti.  Yela, lepas ni nak start praktikal, lepas tu insyaAllah kerja.  So, bila dah kerja, nak cuti mesti susah.  Sekarang ni la nak enjoy waktu cuti..hehe.


I've been doing something these past couple of days.  Sebenarnya adik aku yang offer "kerja" ni memandangkan kawan lama dia semasa Asasi UiTM dulu perlukan orang yang ada masa lapang dan yang penting berada di Kuantan waktu ni untuk buat "kerja" ni.  Oh, ni bukan kerja pelik, buang masa dan haram.. Jangan risau..hehe.  Sejujurnya, dah lama aku teringin nak buat kerja ni sejak Tingkatan 5 lagi tapi masa tu hingga la zaman universiti, aku takda peluang.  Tak tau ceruk mana aku nak gali tuk cari peluang ni..


Bawah gabungan kerjasama antara UIA(Kuantan) dengan UMP, aku jadi fasilitator sambilan untuk program motivasi untuk adik-adik akak..hehe..  Nama program yang aku joined ni Bengkel Input Learning Anak-anak (BInA).  Kebetulan, tempat pertama yang aku pergi semalam sekolah adik aku sendiri, SMK Cenderawasih.  Tapi, program anjuran sekolah ni lebih utamakan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5, tu pun budak-budak kelas depan-depan..  So, tak ramai sangat la adik-adik yang nak kena handle.  And, takda la adik aku dalam program ni sebab baru Tingkatan 2.



First time jejak kaki masuk sekolah menengah memang mengimbau betul laa (walaupun bukan sekolah sendiri) sebab dah lama tak jejak kaki kat sekolah menengah.  Mula-mula masuk, terus dalam hati "Uishh dah lama tak gi skolah. Rindu giler."  So kepada adik-adik, sila hargai zaman anda sebagai murid-murid sekolah sebaik mungkin..


At first, memang gabra.  Nak introduce nama sendiri pun dah nervous tahap gaban kuasa dua. Serius....sebab dah lama tak bercakap kat depan anonymous yang ramai, dengan mic kat tangan, join pulak program orang yang aku tak kenal, memang selamba badak la time tu.  Pandai-pandai ko la nak bawa diri.  Alhamdulillah, lepas setengah jam dalam dewan, rasa ok sikit.  Buat program dengan budak-budak tu pun ok sebab ada briefing sikit sebelum program tentang apa nak dibuat kat adik-adik ni nanti.  Tapi, biasa la aku ni kekok sikit dan ambil masa nak ngam dengan orang yang tak kenal..  Tapi, bila dah konon-konon buat lawak sikit, baru la adik-adik ni nampak ok.  Cuma sesetengah je yang kinda keep everything to themselves dan malu-malu nak cakap.  Diaorang 11 orang ni pulak baru Tingkatan 3 dan 5, so senang la nak ngam.  Aku pun dah biasa join adik-adik sepupu aku, tu yang rasa ok.


Pagi tadi pulak, pergi sekolah lain.  Kali ni untuk budak-budak Tingkatan 2..  Yang ni agak mencabar sebab budak-budak ni mudah hilang fokus masa orang lain tengah bercakap.  Orang lain tu fasilitator laa..  Kalau yang fokus tu, memang nampak la betapa mendengar kata.  Yang banyak cakap, lelaki.  Sekolah semalam pun aku dapat murid lelaki yang banyak cakap.  Program harini start awal pagi, so aku takda la penat sangat macam semalam.


Program ni banyak ajar aku benda baru terutama pemikiran baru.  Pemikiran baru ni maksud aku cara nak tarik budak zaman sekarang ke arah yang lebih positif.   Kalau tak kena cara, agak susah sebab budak-budak ni memang lumrahnya dibesarkan dengan pemikiran yang negatif.  Contohnya, "Main la naik turun tangga, nanti jatuh, patah kaki, pecah kepala, masuk hospital, sapa susah? Mak ayah jugak.."  Contoh lain pula, "Jangan baca buku komik tu, atau jangan main internet je, tak elok."  Bila disekat dengan cara macam tu, budak-budak ni akan cari jalan sendiri untuk explore sendiri.  Bila dah explore, kadang-kadang bagi diaorang benda tu tak nampak pun mana salahnya, seronok ada laaa...


Lagi susah nak dekat dengan budak-budak zaman sekarang kalau cara pendekatan kita terlalu garang, terlalu mendesak sebab akhirnya budak-budak ni akan makin menjauh dengan kita dan lagi best, diaorang block pendengaran dari dengar kita membebel, marah-marah.  Keputusannya, membazir air liur je.   Disebabkan budak zaman sekarang iaitu Genarasi Y, diorang suka memberontak.  Tak kira la secara dalaman atau dengan tunjuk sikap yang kurang ajar.  Jadi, lebih baik cuba samakan pemikiran kita supaya sama level dengan diaorang, jadi kawan (sebab diaorang kan lagi dengar cakap kawan), jangan banyak berleter supaya mudah kita nak tarik adik-adik atau anak-anak ni supaya bersikap lebih positif.   Wallahualam...


Nota hari ini: Karangan di atas bukan nak tunjuk pandai.  Sekadar kongsi ilmu yang baru dapat.
post signature

Seterusnya

Sunday, July 29, 2012

Buah Melaka Badak Berendam


Assalamualaikum

Harap masih belum terlambat untuk tuan belog ini mengucapkan SALAM RAMADHAN pada semua umat Islam...Semoga di bulan yang mulia ini, kita dapat meningkatkan lagi amal ibadat kita.

Memang seronok dapat berpuasa kat rumah. Makanan, gerenti sedap tak lain lagi hasil air tangan ibu tercinta. Mana nak dapat woooo...As for me, mother is the best chef in the world. Lagi satu, time-time macam ni la nak tambah ilmu memasak untuk bekalan masa depan..ye dop?

Ok,  malas menaip, cuma nak bagitau, menu berbuka semalam - Laksa Johor, Dadih Laici, kuih buah melaka atau senang cakap, onde-onde dengan air limau ais. Kali ni bukan nak bagi resepi, tapi nak cerita pasal aku yang telah merosakkan kuih..hahah.

Kenapa aku suka masak? Sebab aku suka makan...aku suka tengok orang makan..aku suka experiment dengan makanan...dan paling best, bagi aku, time masak pun still boleh main-main macam budak-budak..hehe..hasilnya tengok la jap lagi.

Disebabkan Puan Emak gigih menyiapkan laksa johor, 'kuasa' nak buat kuih ni diserahkan kat aku..hehe..Korang biasa makan onde-onde kan? Kuih ni aku suka cuma selalunya orang yang buat tu mesti kedekut gula melaka. Kadang-kadang tu macam tak rasa gula pun ade..haisshh. Aku jarang makan kuih ni sebab kuih ni ada kelapa..kuih ada santan boleh plak aku makan..hehe.


Yang ni untuk isi rumah..Biasa tengok kan?




Yang ni? hehehe. Part paling best buat kuih gentel-gentel ni sebab suka buat macam-macam bentuk..





Ni cara aku makan kuih ni...Aku namakan buah melaka versiku badak berendam
post signature

Seterusnya

Monday, July 16, 2012

Final Semester

Assalamualaikum

Alhamdulillah, I reached home safely 2 hours ago. Alhamdulillah, final examination has ended. Alhamdulillah study time is over.

Goodbye study world. Goodbye my beloved friends. Goodbye North's memories.

Hello home sweet home. Hello to semester break. Hello to real world.


Habis final exam Khamis lepas, tak dapat sangat habiskan masa dengan budak-budak rumah sebab masing-masing ada hal. T__T tsk.tsk.tsk. Aku pula, kemas barang sikit-sikit sebab petang tu ke rumah mak angkat, bermalam kat sana sebelum balik. Petang jumaat aku balik rumah semula. Lagi sadis sebab malam tu aku tidur sorang. Semua menghilang..Sedih lagi.. Tiba-tiba wonderpet, why all this must happen on my last night??

Disebabkan tidur lambat, bangun pun lambat laa. Cadangnya nak balik awal pagi la dalam pukul 9. At last, pukul 10 pagi baru gerak dari Arau.. Then ke Sungai Petani jumpa 'kawan', follow pulak ke Kedah. Kononnya celebrate final exam dengan barbeque di Air Terjun Titi Hayun. That's actually not in the list, but a last minute decision. However, I did had a good time, creating moreeeeeee memories. A sweet one. An unforgettable moments ^__^. Thank you, Mr. RMR.

Sampai Gombak, dah pukul 10 malam. Ingat ke nak balik hari Ahad, tapi kalau dah kat Gombak tu, mesti kena tahan punya laaa...hehe. So, harini baru la tiba di rumah manis rumah.



post signature

Seterusnya

Friday, April 27, 2012

Mid-sem: Disney time

Assalamualaikum
My mid-sem break almost over. I headed back last Friday and slept over at Makde house. Hari sabtu dah kena balik sebab ada kenduri sepupu dan tolong sediakan makanan untuk majlis tahlil arwah moyang yang meninggal Khamis lepas. Al-Fatihah...

At first, I was planning to finish painting my new room this mid-sem break tapi disebabkan takda cat yang dibeli, rancangan terpaksa diubah. Tak lupa juga, laporan yang perlukan perhatian dan video "bisnes" yang perlu dibuat (tapi tak buat ape lagi). So, what did I do at home? Besides lazying around and online (as usual), I noticed I had 'collected' tummy-fat.ghee -__-. Jumpa Pak Lang semalam pun ditegur "muka nampak macam bulat sikit jer". Mana tak nyer, pagi makan 4 keping roti telur. Pukul 4 petang cari benda makan - roti bakar letak keju dan buah strawberries and grapes. Petang Puan Emak balik kerja bawa balik keropok dengan pisang goreng. Makan lagiiiii. Malam makan lagi. Tengah malam makan salad buah pulak. Dah apa kejadahnya makan sampai 5 kali sehari ni? -__-"


Kelmarin Puan Emak suruh buat kek sebab beliau sendiri malas. Tetiba jadi semangat nak buat kek. Entry nyer kemudian ekk.. ^__^. Mood kanak-kanak riang datang, puas la cari kartun disney lama-lama, dapat la jugak download Sleeping Beauty, Beauty & The Beast, The Little Mermaid, Cinderella dengan Snow White. hehehe..




Got to go now. Ada kerja kekemasan perlu dibuat sebab petang ni nak ke Seremban dan Melaka mendapatkan data untuk projek simulation. Dapat jugak den pergi jenjalan cuti ni..hehe.   Ohh, terkial-kial jap tengok dashboard blog dah baru..Punya la lama tak buka blog.huhu
post signature

Seterusnya

Tuesday, March 6, 2012

Luahan Jiwa Mereng

Assalamualaikum


First day of my final semester almost end. First day only, okay. Alhamdulillah, those classes for today yesterday went well. Frankly speaking, it was hard for me to wake up early since I haven’t done it for the past one and a half month.bhahaha ^_^/”. Besides, I just had a tiring day. Driving was not the problem, those cleaning the house - that was the major problem.


Lepas je sampai rumah, terus kemas rumah yang dah rupa rumah berhantu sebab penuh dengan sawang-sawang segala bagai. -_____-“. Padahal baru tinggal rumah sebulan setengah, tapi dah macam 4 bulan. Segala bagai labah-labah (which I hate) bermaharaja lela dalam bilik. Roommate yang tak diundang dan tak pernah bayar sewa tu walau sesen atau setengah sen, telah menakluki di segenap ruang bilik yang ada. Pandai betul kau ambil kesempatan diatas ketiadaan kami di rumah dengan membuat parti liar. >.< Siap kemas bilik dan bersihkan diri je dah sampai pukul 1 pagi. Pergi kelas pagi, memang la mata macam ala-ala anak cina. Sepet je memanjang.


Motif sebenar entry ni untuk bagitahu that I didn’t do enough cooking while at home. Ini disebabkan aktiviti yang telah melencongkan rancangan ke arah jalan lain. Dalam sebulan setengah, 5 novel sempat khatam, voucher habis sekelip mata, tak duduk rumah, pergi jalan-jalan cuci mata dan menghabiskan tenaga kaki dengan berjalan dan aktiviti paling tidak sihat, mengadap internet.


InsyaAllah gambar yang ada akan ditayang jika kerajinan mengizinkan. I’d better hit the sack now and end my first day. Good night, readers (if there’s any..perasan je lebih)



Nota hari ini Credits: Terima kasih kepada Puan Emak atas bekal yang diberi-cekodok pisang, bihun goreng, Red Velvet Cheese, Coklat Mozels(if I’m not mistaken), air oren, oreo, Pringles, dan segala bagai coklat. Terima kasih yang tak terhingga. Tak lupa juga pada Encik Abah atas budimu men-topup-kan kad TnG, baikpulih air-cond kereta, bagi kebas handphone untuk main Angry Birds sampai habis bateri dan tolong cat bilik walau tak sempat siap. Nanti kita sambung lagi yeeee. Dan Adik Gemuk lagi sasa atas kesudian anda untuk jadi teman gurau, gaduh, pukul, tumbuk, tendang, tolong buka tutup pintu pagar dan sudi dengar leteran kakakmu ini. Don’t miss me cause I miss you all more…sobs…sobs…..


Nota hari ini yang sebenar nota: Kerinduan menjenguk tiba-tiba menjadikan keemosian yang luar biasa. Oh, peti ais rosak!!! Sinki selalu tersumbat!!! dan paip air longgar buatkan air selalu mengalir!!! Dugaan final semester barangkali..Pemikiran positif diperlukan.

Dah apa kejadahnyer perenggan merapu lebih dari perenggan motif nyer??!

post signature

Seterusnya

Saturday, February 18, 2012

Nice To Be A Kid

Assalamualaikum






It's nice to be a kid...

No matter how bad the world is,
You ignore it and can still play around.

No matter how many problems appear,
You can still live without any worries.

No matter what mess you've done,
There's always somebody who will clean it up.

No matter what harm in front of you,
People will try to protect you.

No matter how bad you behave,
People will still forgive and accept you.

No matter what you've done,
People will still love you.


post signature

Seterusnya

Wednesday, February 1, 2012

Macarons atau buah carom?

Assalamualaikum


Sejak mak aku 'introduce' benda ni pada aku, aku selalu teringin nak rasa walau segigit. Tapi kalau ada yang sudi memberi, satu kotak pun bolehhh.hahaha. Aku nak beli sendiri,memang tunggu kuda bertanduk laa sebab macam mahal. Eh, bukan kuda bertanduk aka unicorn macam wujud ke?? Abaikan.

Lepas godek sana, godek sini, aku pun cuba la tengok mana yang agak-agak senang. Mula-mula usha jugak kakak angkat aku punya blog si MARilaTHA SiTi EWAhRT atau nama glamour dia Martha Stewart.hehe. Tapi aku ended up guna resepi lain. Katanya dari chef Perancis sendiri so, ok la kot. Apa-apa pun, cheq bagitau resepi dulu naa.


Bahan-bahan:
140 gram putih telur (saya guna telur gred B je, dalam 4 biji)
180 gram gula kastor
160 gram gula icing (diayak)
160 gram almond kisar (diayak)


Cara-cara:
1. Pastikan putih telur dibiarkan sementara pada suhu bilik. Jangan guna telur yang segar dari peti sejuk pula..

2. Masukkan putih telur dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan sederhana. Kemudian lepas seminit dua, tingkatkan kelajuan tahap tinggi. Pukul sehingga putih telur jadi putih gebu dan tak cair. Masukkan setengah dari gula kastor dan pukul dengan tahap tinggi sehingga telur jadi putih, bersinar dan kata mak aku, sehingga bertanduk lebih kurang dalam 7-8 minit. Maksud bertanduk, bila adunan tu diangkat, dia tak jatuh. Kemudian masukkan lagi separuh gula kastor dan pukul lagi sehingga gula sebati dan hancur lebih kurang lagi 2 minit.

3. Dalam mangkuk yang lain, campur dan sebatikan gula icing dan badam kisar. Kalau nak macarons yang berwarna, campurkan pewarna dalam campuran badam kisar ni, BUKAN dalam adunan telur tadi. Titikkan je pewarna, tak perlu kacau.

4. Masukkan campuran no.3 dalam adunan telur. Habis guna mesin, masa untuk senaman tangan. Menggunakan spatula, kacau perlahan dengan kaedah kaup balik. Mulakan dengan kaup perlahan-lahan. Lepas tu baru boleh tingkatkan speed tangan lepas campuran makin sebati. Berhenti bila adunan mudah jatuh dari spatula.

5. Alas dulang pembakar dengan kertas minyak (parchment paper). Isikan adunan dalam piping beg. Picitkan atas dulang yang telah dialas tu. Terpulang nak buat besar mana sebab ada yang suka kecil, ada yang suka besar-besar. Yang penting, kalau boleh setiap saiz sama. Nak buat bentuk selain bulat pun bolehhh. Yang disarankan, picit lebih kurang saiz syiling 20sen atau sebesar penutup botol minuman, BUKAN botol susu.

6. Ketuk sikit-sikit bawah dulang untuk keluarkan angin dari adunan. Hati-hati, jangan sampai terbalik dulang.huhuhu... Pastikan permukaan macaron tu rata. Tips: celup jari dalam air dan ratakan permukaan. Tunggu sehingga macarons kering sikit. Tips: sentuh permukaan macaron dengan jari. Kalau tak melekat, maksudnya dah sedia untuk dibakar. Dulang pertama, kena tunggu sejam lebih baru adunan tak melekat kat tangan *nangis*. Dulang lepas tu baru la lebih kurang setengah jam.

7. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius dalam 5 minit sebelum mula bakar. Bila oven dah panas, baru masukkan dulang dan bakar antara 10-13 minit. Apa-apa pun, terpulang pada saiz macaron anda. Kalau kecil molek, 5-8 minit dah masak. Nak tahu dah ok ke tak, buka oven dan sentuh permukaan. Kalau dah keras, elok la dikeluarkan sebelum hangit..huhu

8. Lepas dah sejuk, boleh la diletak apa-apa filling yang berkenan di perut..Untuk tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk..



Ni la jadi bila pukul telur sampai bertanduk..


Proses kaup balik


Bila warna makin sebati


kerja keras Puan Emak nak buat bentuk tapi anaknya tak ikut pun..hahaha


Proses memicit atas dulang


Proses meratakan permukaan lepas celup jari dalam air



Ni la hasil yang tak seberapa dari BUKAN chef hebat...Nama pun nak tayang, mestila tayang yang elok je..hehe..Yang tak elok tu, simpan buat makan..nyummm~~~










Credits: Thanks to INRATABLE. Untuk lebih faham caranya, sila klik "Inratable" tu ye..Thanks to Puan Emak sebab jadi photographer, supervisor dan assistant tolong buat bentuk duit syiling dan tolong ajar cara nak picit piping bag walaupun anakmu masih degil nak buat cara sendiri.heheheh

Saya budak baru belajar. Kalau salah, tolong ajarkan. Ni percubaan pertama, kurang memuaskan. Dalam erti kata lain, tak lulus T_T. Tak perlu cakap, saya mengaku awal-awal...hahaha. Bakal mertua pun reject jadi menantu macam ni. Takpe, usaha tangga kejayaan. Nama pun 'first timer'. Ye dop?? So, pendapat anda, ni macarons atau buah carom??

Ada macarons yang 'berjerawat' sikit..mungkin sebab muka tengah penuh jerawat time ni..adeehhhhh =.="

post signature

Seterusnya

Saturday, January 21, 2012

Kelegaan

Assalamualaikum


Setelah menghilang selama 2 minggu (2 minggu je punnnn), kini saya kembali. I just done with my final examination for semester 5. I'm going to be a senior soon and hopefully, dengan izin Yang Maha Esa, aku akan dapat menamatkan pengajian pada waktu yang sepatutnya. In the next couple of months, I will be in my final year and later, doing my internship.


There were 6 courses but only 4 with final exam. So, I am very grateful that it was not as stress as my past semesters. Syukur alhamdulillah, aku dapat luahkan semua yang terbuku di otak yang sudah sarat untuk final exam for the last paper yesterday. Sangat-sangat bersyukur sebab dapat buat dengan jayanya(penuh harapan) dan dapat balik dengan tenang.hehe


I'm not going to list and plan anything on what will I do during my semester break. I just want to enjoy it and TRYING to bake or cook something while I'm at home. Planning don't always work with me since I will end up getting stray away from the path. So, I'll just go with the flow and let the mood take me to where it supposed want to be...


post signature

Seterusnya

Wednesday, January 4, 2012

Moist Devil's Food Cake Martha

Kali ni, lebih mencabar minda. Disebabkan tahap belajar sangat la kurang, tapi tahap berjinba terlebih, idea datang mencurah-curah ke ladang gandum dapur. Buku diconteng dengan bukan ilmu. Itulah petanda kurang baik lagi teruk. So, lebih baik ditutup je..huhu...Berketuk-ketuk, laptop ditaip. Sudah, apa cerita tiba-tiba merangka ayat karangan? Barangkali, akibat skil membaca melebihi skil mengira..Atau, kerinduan pada cikgu BM tingkatan 5 purba dahulu kala muncul gara-gara musim cuti sekolah kian tamat. Rindu pada

"alaaa cuti skolah dah nak abis, malasnya gi skolahhh.." atau

"tak sabar nak jumpa kawan skolah.bosan la duduk rumah..."

Serahkan pada kaum pelajar sekolah untuk tolong mencari jawapan yang tepat.



Kita teruskan ke topik yang lebih hangat sehangat oven di dapur. Tanpa mukadimah merapu, mari kita bersama-sama mengambil kertas dan pen - senaman tangan atau 'on' kan suis printer.


Untuk kek
Bahan-bahan:

1 1/2 cawan (3 sticks) unsalted butter(mentega), sediakan lebih untuk gris.
3/4 cawan serbuk koko. Kalau boleh, Van Houten.(promote) sediakan lebih untuk bekas.
1/2 cawan air panas
2 1/4 cawan gula kastor
1 sudu besar esen vanilla
4 biji telur - pukul macam nak buat telur dadar
3 cawan tepung kek -diayak(bukan self-rising).tepung biasa pun boleh kalau takda tepung kek.
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu


Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 177 darjah celcius. Griskan 3 bekas pembakar kek bersaiz 8x2 inci yang bulat atau suka hati bentuk apa-apa pun. Alas bekas dengan parchment paper. Taburkan bawah dan sisi bekas dengan serbuk koko. Buang lebihan serbuk. Ayak serbuk koko dalam mangkuk saiz medium dan kacau dengan air panas. Ketepikan untuk sejuk.

2. Dalam mangkuk mixer, pukul mentega pada kelajuan rendah sehingga ringan dan gebu. Masukkan gula beransur-ansur dan pukul lagi sehingga seakan gebu lebih kurang 3-4 minit, scraping down(kaup) bahagian tepi jika perlu. Masukkan telur sedikit-sedikit dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan licin, scraping down(kaup) bahagian tepi 2 kali.

3. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepung, baking soda, dan garam. Tuang susu dalam campuran koko tadi dan kacau sebati. Dengan mixer pada kelajuan rendah, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan campuran koko. Mula dan akhir mesti dengan tepung.

4. Bahagikan adunan sama banyak dalam setiap bekas. Bakar sehingga tiada kek lekat pada cake tester yang dicucuk di bahgian tengah kek, lebih kurang 35 hingga 45 minit. Pusing bekas selepas 15minit sepaya kek masak sama rata. Pindahkan kek atas rak penyejuk dan biarkan lebih kurang 15minit. Keluarkan kek dari bekas dan biar kek sejuk sepenuhnya.

5. Cabut parchment paper dari bawah kek. Pilih kek yang paling cantik untuk dijadikan bahgian atas. Letak lapisan bawah kek atas bekas hidang. Sapukan dengan frosting. Tindih dengan lapisan kedua dan sapukan lagi frosting. Letak lapisan paling atas kek dan sapu kesemua kek dengan frosting. Hidangkan




Untuk frosting chocolate
Bahan-bahan:

24 ounces (680grams) semisweet chocolate chips (jenama Hershey's)
4 cawan whipping cream
1 sudu teh light corn syrup - optional..taknak letak pun takpe.


Cara-cara:

1. Tuang chocolate chips dan whipping cream dan bekas. Masak atas dapur pada suhu kecil. Kacau selalu menggunakan rubber spatula, sehingga bahan-bahan bercampur dan pekat, lebih kurang dalam 20-25 minit Besarkan api tahap sederhana dan kacau lagi tiga minit. Tutup api.

2. Masukkan light corn syrup dan kacau. Pindahkan frosting dalam bekas metal(besi) yang besar. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) lebih kurang 2jam. Kacau setiap 15-20 minit. Sapu cepat-cepat pada kek bila nak guna.



Hasilnya....






Rupa kek yang dah kecut lepas beberapa minit. Mula-mula keluar oven, elok je tinggi..tapi lupa nak snap gambar..huhu




Kek yang sudah di-frosting dan 'dihias' dengan corak garfu - cara orang malas =.=". Sila abaikan corak tu..hehe.







Rupa kek dari dalam..Yes, memang tak kemas, tak sama rata layer frosting kat dalam, tapi tu semua tak diambil kira sebab nanti masuk perut, tak ada yang tau rupa asal..hahahaha.





Nota kali ini: Kek birthday sendiri dan birthday Abang Long. Sempat buat sebelum balik Arau. Sangat bangga dapat buat kek kesukaan ramai...hehe. Balik nanti, nak buat lagi...Wish me luck for my final exam...huhu.


Apakah ini petanda
saya akan cepat dipinang
membuka kedai kek?hahaha



post signature

Seterusnya

Thursday, December 29, 2011

Cream Cheese Pound Cake Martha

I don't know what's going on with me and what makes me did it. Last week while watching the TV, there's Martha Stewart shows on baking a cake. And cheese cake came out. Cepat-cepat capai note book dengan pensel then duduk depan TV. Padahal tengah stadi untuk test masa tu..hehe. Kawan aku gelak je kat aku. Aku pun gelak dalam hati sebab tak pernah-pernah aku jadi gitu. Well, cheese is my favourite so there is no way I would let this recipe go. Besides, it is so simple.


Disebabkan bosan (malas ulangkaji), aku buat la kek ni. Mula pukul 11.45 malam. Malam-malam membisingkan rumah dengan bunyi mixer yang macam orang drill dinding je..huhu.Siap buat adunan dalam 20 minit je. Bau kek mengisi segenap ruang rumah dan melekat pada baju tidur aku...hoho. Memang tak boleh tahan...nyum~~nyum~~~




Bahan-bahan:
3 cawan tepung
1 sudu teh garam
1 1/2 cups unsalted butter
1 package (8 ounces) Philadelphia brand cream cheese
3 cawan gula
6 biji telur(gred A)
2 sudu teh esen vanilla



Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sapu bekas dengan mentega.

2. Guna mangkuk berasingan untuk ayak tepung dan garam. Ketepikan sementara.

3. Campurkan unsalted butter dan cream cheese dalam mangkuk electric mixer dan putar pada kelajuan medium sehingga adunan lembut..Campurkan gula dan tingkatkan kelajuan gear kereta mixer anda.Putarkan adunan sehingga kelihatan ringan dan gebu lebih kurang dalam 5 minit.

4. Campurkan telur satu per satu. Kaupkan adunan ke tengah jika perlu sebab guna mixer macam ni, selalunya adunan akan penuh kat tepi. So, letak semula kat tengah menggunakan spatula. Campurkan esen vanilla.

5. Campurkan tepung sikit-sikit. Lebih elok kurangkan kelajuan mixer supaya tepung tak berterbangan dan jadi bedak sejuk kat muka.huhu

6. Biarkan tepung tadi sebati. Putar ala kadar. Jangan over beat plak.

7. Tuangkan adunan tadi dalam bekas.

8. Bakar lebih kurang 45-50 minit atau sehingga golden brown.

9. Dah siap bakar, sejukkan kek lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkan kek dan biar pada suhu bilik.


This are the processes


How I like to eat them.


Tips:
- Kalau guna salted butter, tak perlu letak garam dah masa ayak tepung.
- Gris bekas dengan mentega dan sadur dengan tepung sikit atau alas dengan kertas minyak untuk elak kek melekat. In my case, aku guna bekas kaca, so hanya perlu gris je.
- Cucuk kek untuk tahu dah masak atau tak. Kalau kek melekat pada pencucuk, maksudnya tak masak lagi la..



Nota hari ini: Aku cuma buat separuh dari setiap bahan so, dapat 1 buku kek jela..kalau buat betul-betul ikut bahan kat atas, akan dapat dua buku kek kalau guna bekas macam aku, atau 1 kek jela kalau guna bekas lagi besar. It's up to you...

First time buat kek tanpa supervision dari Chef Rumah a.k.a. Puan Emak, so this cake turns out to be like that gara-gara over heat..huhu. However, rasa kek memang sedap. Alhamdulillah keluarga aku pun suka. Don't judge a kek by it's look.heheh
Let me know how's yours...^_^



Sumber: Martha Stewart

post signature

Seterusnya

Wednesday, December 14, 2011

Jiwa Kacau




Perasaan
Bila haru, tak menyenangkan
Lebih parah tanpa sedar
Penglibatanmu tak disengajakan
Kerisauanmu ku undang

Perasaan
Tak dipinta jiwa yang halus
Namun tetap luluh rasa melihatnya
Satu perkara kecil cuma
Membuat segala jiwa ini kacau

Perasaan
Bukan tak cuba menggapai
Satu semangat tanpa disokong
Kerana berada di kejauhan cuma
Hanya harapan menunggu kenyataan

Perasaan
Bodoh rasa tanpa kewarasan
Percubaan diteruskan demi impian
Walau tak semegah yang ada
Rela tunai kerana pengorbanan
Agar dihadapan bahagia hanya


Anjuran : The Bandits Tarikh tutup penyertaan adalah 31hb December, 2011 tepat jam 12:00mlm.


post signature

Seterusnya

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH pada semua umat islam seluruh dunia ^_^


Today I've got no classes. Of course, it's Sunday but it's not soo sunny. I woke up late but not as late as yesterday.hehe..Done with my laundry, had my breakfast and then, I've got nothing to do. My roommates went out with their families. One of my housemate went to her brother's house. The other one stayed in her room and the very last, missing in action, as always. As for me, I've got nowhere to go.huhu T_T


Anyway, last night I had finished watching Twilight and New Moon. So, today I'm gonna finished it all with Eclipse and Breaking Dawn-part 1. I'm craving for something to eat but I don't know what. So, I ended up with half cup of this

Yeah, HALF cup of this. And also with this





Okay, I know it's not healthy AT ALL. But, I guessed it's okay to eat like that once in a while.


Nota hari ini: Hidup perantauan...littlekittyemoticon Semoga tahun baru ini membawa lebih keberkatan dan kebaikan dalam hidup setiap insan...AMINNN


post signature

Seterusnya

Monday, November 21, 2011

Syabas HM

"Apasal takda orang kat situ" - Dah dia saja nak main sorang-sorang, gila kuasa nak gol.
"Ish, mana boleh main macam tu, mana aci." - Aci bagi je dia main bola macam tu.
"Suspen nyer tengok" - Tengok bola ke, tengok cerita hantu? =.=?
"Tak patut betul la main kasar" - Saja je tu diaorang nak gurau-gurau manja.


Cakap memang senang, yang tukang pemain bola tu, perghhh tak sanggup aku tengok baju basah. Boleh perah, dapat 3 baldi air setiap seorang kott. euwwwww..Disebabkan bola, budak-budak umur bawah 12 tahun pun dah pandai lepak kedai roti canai. Sambil makan nak tengok bola. PERGHHH kagum gila aku rasa. Aku sendiri tapau makan kat rumah. Ni tak, sosial habis budak zaman sekarang. Kaya pula tu siap boleh lepak kedai. Bola oh bola.


Disebabkan bola, assignment dengan report - tak siap. Macam mana nak siap kalau mata asyik tengok TV. Macam mana mata tak tengok TV, budak rumah sakan menjerit walaupon tak gol. Stress aku.


"Ahh, kau pon sama ikot menjerit"
Dah diaorang jerit, aku pon join la. Bukan selalu.
"Lepas tu nak salahkan keje tak siap"
DUSHH!!! Diam la kau.


Stress buat report yang tak faham. Lagi stress dengar jeritan perempuan tengok bola.
"Macam kau bukan perempuan"
Tapi aku jerit takda la senyaring tu, agak sopan.hehehe. So, ladies, next time please control your voice *wink*


Ok, dah boleh sambung tengok drama Korea. Eh, silap. Dah boleh tidur. Ok, aku tipu. Aku nak sambung tengok Korea, lepas tu baru tido.heheh





Kepada team Malaysia, SYABAS sebab dah naikkan nama negara. Saya sayang awak, Kapten Badrul Jom kawin. *tetibe*



Nota hari ini: Banyak aksi lawak dan yang tak sepatutnya tengok tadi. Tapi dah tertengok, nak buat macam mana..huhu.Report buat kemudian sebab nak refer lecturer. Bukan aku saja-saja malas, okeng.

post signature

Seterusnya

Thursday, November 10, 2011

Kau Tak Berhati Perut

Kau memang suka khianat aku kan? Aku tahu yang kau tahu aku sayang kau. Sebab tu kau suka suki je buat aku macam ni kan? Suka tengok aku meroyan sorang-sorang malam-malam, eh, pagi-pagi buta macam ni kan? Geram aku dengan kau. Nasib baik tahap sayang aku lagi tinggi dari tahap geram. Kalau tak, dah arwah agak nyer kau pagi-pagi ni..huhu.


Puas aku jaga kau pagi petang, siang malam sebab kau sakit. Bila kau dah okay, kau mula buat perangai lama kau. Bila buat perangai lama, kau jugak yang sakit. Saja nak aku kesian kat kau kan?


Time aku nak rehat, nak tidur, masa tu kau nak aku layan kau. Bila aku siap sedia untuk bersengkang mata berjaga, kau boleh sedap hati jiwa dan raga tidur dengan nyenyak yer. Ada ke patut??? Kalau tanya kau, mesti kau jawab patut. Aku tahuuu....


Disebabkan kau dapat rehat yang secukupnya, siang nanti, bagi aku masa untuk rehat, okay? Jangan kau buat perangai degil lagi keras kepala kau...




Surat untukmu..Sekian.Andai saja kau bisa membacanya sekarang. =.="



Nota kali ini: Meroyan sebab tak cukup tidur. Abaikan post sengal meluah perasaan gila ini.

post signature

Seterusnya

Wednesday, November 9, 2011

My Baby Sick

I couldn't wait to go back for this mid-sem break. Obviously because I missed home and my family. Next, it's Hari Raya Aidiladha. Lastly, because of my baby. I got news from my Mom last week that there's something wrong with my baby.

3 nights Ed had to stay at the Jawhari Cat Medical Center - place where we would sent them for boarding if we're away for few days. At first, only her front right leg seem to be injured. But then, all of the sudden, her WHOLE body became paralyzed the next day. You can read the detail at my MOM's blog. (Niat untuk menjadi veterinar mula timbul semula..huhu)

Now, it's been a week and thanked to Allah that Ed is more better. Only her front right leg that still not to be functioning well. Surprisingly, for the first time in my life, I slept with an animal - Ed. Tonight, it's been 5 nights already. Dah macam jaga anak sendiri plak..huhu



Nota hari ini: sekadar mengisi masa lapang di samping untuk menahan dari mengantuk.huhu. Hope you will get better as active as before my baby, Ed.





post signature

Seterusnya