Saturday, September 29, 2012

No Phone

Pernah tak korang rasa di mana sampai satu tahap, korang malas yang melampau sampai korang ignore je benda tu? Contoh paling simple, korang malas kemas rumah, so korang biar je rumah bersepah macam tongkang pecah. Oppss!! Sedikit hiperbola disitu. Ok. Lately aku rasa sangat malas nak guna handphone. Aku guna pun kalau nak keluar lama. Tu pun kadang-kadang aku tinggal je handphone dekat rumah.


Semua ni, well, thanks to that one person. Because of that stupid SMS. Most of the time I will shut off my phone. If I did turned it on, it will be in silent mode. Now I'm only using it as my alarm since I'd prefer my phone rather than my watch.


Actually, I can't seem to see the function of my phone anymore besides the alarm. I used to talk on the phone and reply SMS all the time, but not anymore. Now, I only used it as alarm, to play games or to take pictures. The main function of using a handphone is not in my life anymore. Handphone tu dah jadi lifeless. Ada macam tak ada je..=.=" Lagipun, tiap kali aku pegang handphone, takda pula yang nak call. Bila tinggal phone, masa tu la ada missed calls or SMS.


I had thought of changing the number at first but then, I still didn't do it. The only reason is that I'd already use the number for many things contohnya dalam urusan bank, urusan UiTM dan urusan kerja. That's why I stick to this memorial number. Lagi pun, sangat leceh nak bagitahu kawan-kawan yang aku dah tukar nombor. Kerja yang sangat tak seronok dilakukan.

Pokoknya, kalau tak dapat contact aku, harap maklum. Nak kata aku fed up n stress using a handphone, ada la jugak kadang-kadang. Bila fikir semula, rasa macam patutnya dari dulu aku tak payah guna handphone kalau kesudahannya macam ni.huhu. Kan???

"Incik telepon, saya mahu berpisah dengan kamu. Saya sudah tidak gumbira dengan kamu..huhu."


"Kalau tak nak guna phone, campak je dekat laut!" - Sila jangan tujukan ayat ni pada aku melainkan anda ingin diketuk kepala.bhahaha


post signature

Seterusnya

Monday, September 10, 2012

Hari Pertama Latihan Praktikal

Assalamualaikum


Harini aku start sem dengan belajar dalam dunia baru – dunia praktikal. Seminggu sebelum praktikal lagi dah terasa debaran. Masa tu, tiap kali fikir pasal hari pertama praktikal mesti nervous. Luaran je cool tapi dalaman ada banyak rama-rama terbang dalam perut. Tiba malam terakhir, macam-macam aku fikir. Baju apa nak pakai, kasut mana sesuai, nak bawa apa, jawapan apa nak kena sedia untuk jawab…

Konon malam tadi nak tido awal tapi ended up pukul 1.30 pagi jugak baru lena. Hari pertama dimulakan dengan bismillah masa keluar rumah dengan selawat banyak-banyak nak hilangkan gementar. Fikir positif, tarik nafas dalam-dalam…tapi jangan lupa lepas. Kalau tak, terus kereta menuju hospital seberang.

Ikut surat, awal pagi aku kena pergi bahagian sumber manusia dulu untuk lapor diri sebagai pelatih. Pagi tadi je ada 7 orang termasuk aku yang lapor diri. Lepas briefing, isi boring yang perlu, potpet sikit-sikit, baru la kitaorang berpecah pergi bahagian atau jabatan masing-masing. Aku? Bahagian belanjawan dan perolehan. Oh, ada lagi sorang budak dari Shah Alam yang sama kursus masuk bahagian yang sama. Awal-awal dah ada geng, memang senang la hidup lepas ni..hahaha

Sejujurnya, harini sangat, teramat, sungguh, begitu membosankan (betapa banyak perkataan sama erti maksudnya sangat-sangat). Lepas briefing dari Chief Clerk(CC), ada sorang akak, Kak Ida tolong perkenalkan kitaorang kat staf lain yang ada kat situ. Jangan tanya nama sebab memang aku tak ingat. Dengar sambil lalu je. Yang aku betul-betul pasti pun nama CC, Puan Zaidah.hahaha (memang masalah nak ingat nama orang)

Ouh, nak tau ape pasal aku kebosanan tahap melampau gaban kuasa tiga? Sebab harini tak buat apa kecuali menjulingkan mata tengok nombor baucer pembayaran sebab nak susun dalam fail ikut bulan. Then periksa setiap fail tengok baucer mana takda dalam fail tu. Memang tak mencabar. T__T (menangis dalam hati)

Buat kerja yang tak mencabar ni, memang mata sedap la layan feeling lagu instrumentel sorang-sorang. Mentang-mentang duk dalam air-cond, lagi sedap la mata ni layan feeling. Nak tunggu pukul 5 petang tu memang tak best bila takda kerja. Dari biar mata mengantuk, baik julingkan mata periksa baucer tu.

Mentang-mentang dapat kawan baru, terus aku ajak berjinba lepas habis kerja, gi shopping kasut lagi.hahaha..memang aku gila sebab beli sampai 2. Rilex la, bukan kasut harga ratus-ratan jauh sekali ribu-riban. Dah la aku pengaruh orang gi jalan-jalan. Pastu pengaruh pulak member baru beli kasut baru..hahaha. Ko redha jela dengan perangai kawan baru ko lepas ni wahai Cik Yana.





Nota hari ini: Semoga lepas ni lagi banyak kerja mencabar minda. Oh, khamis ni ada jamuan raya. Oohhh yeaaahhh! “\^_^/”


Motif? hehehe

post signature

Seterusnya

Thursday, August 9, 2012

Temporary Facilitator

Assalamualaikum


Lebih kurang seminggu je lagi untuk kita berpuasa.  Sepanjang cuti ni, memang aku tak buat apa.  Nak kerja memang tak laa sebab aku nak gunakan masa cuti ni untuk betul-betul cuti.  Yela, lepas ni nak start praktikal, lepas tu insyaAllah kerja.  So, bila dah kerja, nak cuti mesti susah.  Sekarang ni la nak enjoy waktu cuti..hehe.


I've been doing something these past couple of days.  Sebenarnya adik aku yang offer "kerja" ni memandangkan kawan lama dia semasa Asasi UiTM dulu perlukan orang yang ada masa lapang dan yang penting berada di Kuantan waktu ni untuk buat "kerja" ni.  Oh, ni bukan kerja pelik, buang masa dan haram.. Jangan risau..hehe.  Sejujurnya, dah lama aku teringin nak buat kerja ni sejak Tingkatan 5 lagi tapi masa tu hingga la zaman universiti, aku takda peluang.  Tak tau ceruk mana aku nak gali tuk cari peluang ni..


Bawah gabungan kerjasama antara UIA(Kuantan) dengan UMP, aku jadi fasilitator sambilan untuk program motivasi untuk adik-adik akak..hehe..  Nama program yang aku joined ni Bengkel Input Learning Anak-anak (BInA).  Kebetulan, tempat pertama yang aku pergi semalam sekolah adik aku sendiri, SMK Cenderawasih.  Tapi, program anjuran sekolah ni lebih utamakan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5, tu pun budak-budak kelas depan-depan..  So, tak ramai sangat la adik-adik yang nak kena handle.  And, takda la adik aku dalam program ni sebab baru Tingkatan 2.



First time jejak kaki masuk sekolah menengah memang mengimbau betul laa (walaupun bukan sekolah sendiri) sebab dah lama tak jejak kaki kat sekolah menengah.  Mula-mula masuk, terus dalam hati "Uishh dah lama tak gi skolah. Rindu giler."  So kepada adik-adik, sila hargai zaman anda sebagai murid-murid sekolah sebaik mungkin..


At first, memang gabra.  Nak introduce nama sendiri pun dah nervous tahap gaban kuasa dua. Serius....sebab dah lama tak bercakap kat depan anonymous yang ramai, dengan mic kat tangan, join pulak program orang yang aku tak kenal, memang selamba badak la time tu.  Pandai-pandai ko la nak bawa diri.  Alhamdulillah, lepas setengah jam dalam dewan, rasa ok sikit.  Buat program dengan budak-budak tu pun ok sebab ada briefing sikit sebelum program tentang apa nak dibuat kat adik-adik ni nanti.  Tapi, biasa la aku ni kekok sikit dan ambil masa nak ngam dengan orang yang tak kenal..  Tapi, bila dah konon-konon buat lawak sikit, baru la adik-adik ni nampak ok.  Cuma sesetengah je yang kinda keep everything to themselves dan malu-malu nak cakap.  Diaorang 11 orang ni pulak baru Tingkatan 3 dan 5, so senang la nak ngam.  Aku pun dah biasa join adik-adik sepupu aku, tu yang rasa ok.


Pagi tadi pulak, pergi sekolah lain.  Kali ni untuk budak-budak Tingkatan 2..  Yang ni agak mencabar sebab budak-budak ni mudah hilang fokus masa orang lain tengah bercakap.  Orang lain tu fasilitator laa..  Kalau yang fokus tu, memang nampak la betapa mendengar kata.  Yang banyak cakap, lelaki.  Sekolah semalam pun aku dapat murid lelaki yang banyak cakap.  Program harini start awal pagi, so aku takda la penat sangat macam semalam.


Program ni banyak ajar aku benda baru terutama pemikiran baru.  Pemikiran baru ni maksud aku cara nak tarik budak zaman sekarang ke arah yang lebih positif.   Kalau tak kena cara, agak susah sebab budak-budak ni memang lumrahnya dibesarkan dengan pemikiran yang negatif.  Contohnya, "Main la naik turun tangga, nanti jatuh, patah kaki, pecah kepala, masuk hospital, sapa susah? Mak ayah jugak.."  Contoh lain pula, "Jangan baca buku komik tu, atau jangan main internet je, tak elok."  Bila disekat dengan cara macam tu, budak-budak ni akan cari jalan sendiri untuk explore sendiri.  Bila dah explore, kadang-kadang bagi diaorang benda tu tak nampak pun mana salahnya, seronok ada laaa...


Lagi susah nak dekat dengan budak-budak zaman sekarang kalau cara pendekatan kita terlalu garang, terlalu mendesak sebab akhirnya budak-budak ni akan makin menjauh dengan kita dan lagi best, diaorang block pendengaran dari dengar kita membebel, marah-marah.  Keputusannya, membazir air liur je.   Disebabkan budak zaman sekarang iaitu Genarasi Y, diorang suka memberontak.  Tak kira la secara dalaman atau dengan tunjuk sikap yang kurang ajar.  Jadi, lebih baik cuba samakan pemikiran kita supaya sama level dengan diaorang, jadi kawan (sebab diaorang kan lagi dengar cakap kawan), jangan banyak berleter supaya mudah kita nak tarik adik-adik atau anak-anak ni supaya bersikap lebih positif.   Wallahualam...


Nota hari ini: Karangan di atas bukan nak tunjuk pandai.  Sekadar kongsi ilmu yang baru dapat.
post signature

Seterusnya