Monday, December 27, 2010

Abang Photographer

Photographer? Mesti akan fikir DSLR.hehe..Tapi, ada juga yang minat DSLR tapi tak minat jadi photographer. Sekarang ni, kalau aku pergi mana-mana mesti nampak orang bawa kamera hensem (DSLR) tu. La ni trend pakai kamera gedabak tu ke? Kamera kecik atau orang panggil kamera digital tu tak pakai sangat dah. Kamera yang guna filem lagi la dah tak pakai...

Kalau dulu masa pergi majlis perkahwinan ke, tukang amik gambar profesional je yang pakai kamera gedabak lagi hensem ni..Sekarang, kaum kerabat dan kawan-kawan yang ingin mengambil detik-detik bersejarah ratu sehari pun dah 'snap' guna kamera besar tu. Jenama yang biasa menjadi pilihan; Canon atau Nikon. Lens pun bukan sebarang lens. Macam-macam saiz ada.

Apa bestnya pakai kamera hensem ni? Yang aku tau, kegunaan dia agak hebat. Macam-macam mode ade yang boleh digunakan ikut kesesuaian sekeliling waktu nak men-snap gambar. Boleh blur-kan kat sana, blur-kan kat sini..Kalau betol cara yang kita guna, hasil gambar lagi cantik daripada yang real. Bertambah cantik bila dah di make-up dan touch-up guna software Adobe Photoshop atau Photoscape.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya? hahaha. Semalam aku pergi wedding saudara aku dekat Termeloh. Ada sorang photographer ni menarik perhatian aku dari waktu malam akad nikah.hehehe.. Susah jugak jadi photographer ni. Masa Encik Pengantin datang, abang photographer ni bawa 2, 3 kamera sekali. Semua jenis DSLR, yang bezanya, jenis lens dia.

Masa kawasan panas abang photographer guna lens macam ni.


Masa bawah khemah, abang photographer guna lens yang ada flash.

Nak ambil gambar pun kena pandai macam mana. Bukan boleh diri tegak je. Sekejap duduk, lentok sana, lentok sini. Sekejap kamera dekat atas, sekejap dekat atas jalan..hemm. Last-last, badan, pinggang, sakit sana-sini. Apa-apa pun, tahniah pada abang-abang photographer kerana sanggup berkejar ke sana ke mari, berpanas segala bagai untuk dapatkan hasil gambar yang terbaik. SYABAS! Saya suka abang photographer.Onion Iconshehe



Bersama kamera hensem Onion Icons

No comments: