



Kali ni, lebih mencabar minda. Disebabkan tahap belajar sangat la kurang, tapi tahap berjinba terlebih, idea datang mencurah-curah ke Apakah ini petandaladang gandum dapur. Buku diconteng dengan bukan ilmu. Itulah petanda kurang baik lagi teruk. So, lebih baik ditutup je..huhu...Berketuk-ketuk, laptop ditaip. Sudah, apa cerita tiba-tiba merangka ayat karangan? Barangkali, akibat skil membaca melebihi skil mengira..Atau, kerinduan pada cikgu BM tingkatan 5 purba dahulu kala muncul gara-gara musim cuti sekolah kian tamat. Rindu pada
"alaaa cuti skolah dah nak abis, malasnya gi skolahhh.." atau
"tak sabar nak jumpa kawan skolah.bosan la duduk rumah..."
Serahkan pada kaum pelajar sekolah untuk tolong mencari jawapan yang tepat.
Kita teruskan ke topik yang lebih hangat sehangat oven di dapur. Tanpa mukadimah merapu, mari kita bersama-sama mengambil kertas dan pen - senaman tangan atau 'on' kan suis printer.
Untuk kek
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan (3 sticks) unsalted butter(mentega), sediakan lebih untuk gris.
3/4 cawan serbuk koko. Kalau boleh, Van Houten.(promote) sediakan lebih untuk bekas.
1/2 cawan air panas
2 1/4 cawan gula kastor
1 sudu besar esen vanilla
4 biji telur - pukul macam nak buat telur dadar
3 cawan tepung kek -diayak(bukan self-rising).tepung biasa pun boleh kalau takda tepung kek.
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 177 darjah celcius. Griskan 3 bekas pembakar kek bersaiz 8x2 inci yang bulat atau suka hati bentuk apa-apa pun. Alas bekas dengan parchment paper. Taburkan bawah dan sisi bekas dengan serbuk koko. Buang lebihan serbuk. Ayak serbuk koko dalam mangkuk saiz medium dan kacau dengan air panas. Ketepikan untuk sejuk.
2. Dalam mangkuk mixer, pukul mentega pada kelajuan rendah sehingga ringan dan gebu. Masukkan gula beransur-ansur dan pukul lagi sehingga seakan gebu lebih kurang 3-4 minit, scraping down(kaup) bahagian tepi jika perlu. Masukkan telur sedikit-sedikit dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan licin, scraping down(kaup) bahagian tepi 2 kali.
3. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepung, baking soda, dan garam. Tuang susu dalam campuran koko tadi dan kacau sebati. Dengan mixer pada kelajuan rendah, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan campuran koko. Mula dan akhir mesti dengan tepung.
4. Bahagikan adunan sama banyak dalam setiap bekas. Bakar sehingga tiada kek lekat pada cake tester yang dicucuk di bahgian tengah kek, lebih kurang 35 hingga 45 minit. Pusing bekas selepas 15minit sepaya kek masak sama rata. Pindahkan kek atas rak penyejuk dan biarkan lebih kurang 15minit. Keluarkan kek dari bekas dan biar kek sejuk sepenuhnya.
5. Cabut parchment paper dari bawah kek. Pilih kek yang paling cantik untuk dijadikan bahgian atas. Letak lapisan bawah kek atas bekas hidang. Sapukan dengan frosting. Tindih dengan lapisan kedua dan sapukan lagi frosting. Letak lapisan paling atas kek dan sapu kesemua kek dengan frosting. Hidangkan
Untuk frosting chocolate
Bahan-bahan:
24 ounces (680grams) semisweet chocolate chips (jenama Hershey's)
4 cawan whipping cream
1 sudu teh light corn syrup - optional..taknak letak pun takpe.
Cara-cara:
1. Tuang chocolate chips dan whipping cream dan bekas. Masak atas dapur pada suhu kecil. Kacau selalu menggunakan rubber spatula, sehingga bahan-bahan bercampur dan pekat, lebih kurang dalam 20-25 minit Besarkan api tahap sederhana dan kacau lagi tiga minit. Tutup api.
2. Masukkan light corn syrup dan kacau. Pindahkan frosting dalam bekas metal(besi) yang besar. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) lebih kurang 2jam. Kacau setiap 15-20 minit. Sapu cepat-cepat pada kek bila nak guna.Rupa kek yang dah kecut lepas beberapa minit. Mula-mula keluar oven, elok je tinggi..tapi lupa nak snap gambar..huhu

Kek yang sudah di-frosting dan 'dihias' dengan corak garfu - cara orang malas =.=". Sila abaikan corak tu..hehe.
Rupa kek dari dalam..Yes, memang tak kemas, tak sama rata layer frosting kat dalam, tapi tu semua tak diambil kira sebab nanti masuk perut, tak ada yang tau rupa asal..hahahaha.
Nota kali ini: Kek birthday sendiri dan birthday Abang Long. Sempat buat sebelum balik Arau. Sangat bangga dapat buat kek kesukaan ramai...hehe. Balik nanti, nak buat lagi...Wish me luck for my final exam...huhu.
saya akan cepat dipinang ![]()
membuka kedai kek?hahaha ![]()

I don't know what's going on with me and what makes me did it. Last week while watching the TV, there's Martha Stewart shows on baking a cake. And cheese cake came out. Cepat-cepat capai note book dengan pensel then duduk depan TV. Padahal tengah stadi untuk test masa tu..hehe. Kawan aku gelak je kat aku. Aku pun gelak dalam hati sebab tak pernah-pernah aku jadi gitu. Well, cheese is my favourite so there is no way I would let this recipe go. Besides, it is so simple.
Disebabkan bosan (malas ulangkaji), aku buat la kek ni. Mula pukul 11.45 malam. Malam-malam membisingkan rumah dengan bunyi mixer yang macam orang drill dinding je..huhu.Siap buat adunan dalam 20 minit je. Bau kek mengisi segenap ruang rumah dan melekat pada baju tidur aku...hoho. Memang tak boleh tahan...nyum~~nyum~~~
Bahan-bahan:
3 cawan tepung
1 sudu teh garam
1 1/2 cups unsalted butter
1 package (8 ounces) Philadelphia brand cream cheese
3 cawan gula
6 biji telur(gred A)
2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sapu bekas dengan mentega.
2. Guna mangkuk berasingan untuk ayak tepung dan garam. Ketepikan sementara.
3. Campurkan unsalted butter dan cream cheese dalam mangkuk electric mixer dan putar pada kelajuan medium sehingga adunan lembut..Campurkan gula dan tingkatkan kelajuan gear kereta mixer anda.Putarkan adunan sehingga kelihatan ringan dan gebu lebih kurang dalam 5 minit.
4. Campurkan telur satu per satu. Kaupkan adunan ke tengah jika perlu sebab guna mixer macam ni, selalunya adunan akan penuh kat tepi. So, letak semula kat tengah menggunakan spatula. Campurkan esen vanilla.
5. Campurkan tepung sikit-sikit. Lebih elok kurangkan kelajuan mixer supaya tepung tak berterbangan dan jadi bedak sejuk kat muka.huhu
6. Biarkan tepung tadi sebati. Putar ala kadar. Jangan over beat plak.
7. Tuangkan adunan tadi dalam bekas.
8. Bakar lebih kurang 45-50 minit atau sehingga golden brown.
9. Dah siap bakar, sejukkan kek lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkan kek dan biar pada suhu bilik.
This are the processesHow I like to eat them.
Tips:
- Kalau guna salted butter, tak perlu letak garam dah masa ayak tepung.
- Gris bekas dengan mentega dan sadur dengan tepung sikit atau alas dengan kertas minyak untuk elak kek melekat. In my case, aku guna bekas kaca, so hanya perlu gris je.
- Cucuk kek untuk tahu dah masak atau tak. Kalau kek melekat pada pencucuk, maksudnya tak masak lagi la..
Nota hari ini: Aku cuma buat separuh dari setiap bahan so, dapat 1 buku kek jela..kalau buat betul-betul ikut bahan kat atas, akan dapat dua buku kek kalau guna bekas macam aku, atau 1 kek jela kalau guna bekas lagi besar. It's up to you...
First time buat kek tanpa supervision dari Chef Rumah a.k.a. Puan Emak, so this cake turns out to be like that gara-gara over heat..huhu. However, rasa kek memang sedap.
Alhamdulillah keluarga aku pun suka. Don't judge a kek by it's look.heheh
Let me know how's yours...^_^
Sumber: Martha Stewart
Hey peeps! How was your weekend? How's your holiday? Did you went somewhere? Hope you had a greet weekend. School break still have a week left. So, I'm not going to tell about holiday. It just about something I did last Sunday. Guess what??
Okay, sila jangan terkejut. I was searching for 'tips bahulu gulung' for my mother. I wanted to know how to roll it so it will be perfecto. Then I found this.
Looks yummy, right? Click the picture to view the ingredients and how to make it.

My mother helped me a bit.hehe. It took less than an hour and there you are. Lepas sediakan bahan-bahan, ikut cara-cara, bakar...