Lately aku banyak tengok pasal "doodle" ni. Tak tahu la bende 'femes' sekarang atau dah lama dan aku yang ketinggalan..huhu. Apa-apa pun, ni my first completed doodle. Sebelum ni dah buat tapi tak siap sepenuhnya...
Puas juga nak 'kerjakan' benda alah ni. Mula-mula guna photoscape lepas tengok dari blog Istana Cinta Tengku Puteri. Comel-comel doodles Cik Puteri ni... Mula la timbul kejelesan semangat di situ.hahaha
Then, lepas 'godam' Yang Berjasa, Encik Google dan Encik Yahoo, aku dapat lagi 2 blog yang banyak beri inspirasi dan tutorial.
1- Kerana Manisnya Epal, blog yang banyak aku rujuk sebab Cik Kak comel kita guna Adobe Photoshop(AP). Aku lagi suka guna AP sebab senang nak padan garisan-garisan yang kita taknak. Buat bentuk pun lagi senang dan lagi variasi.
2- Belog Nuyui Ain pula beri tunjuk ajar macam mana nak tukar baju doodle jadi bercorak.
Hasilnya...
Nota hari ini: sedapnya makan taufu fa sejuk tengah malam gini.. Credit bebanyak pada
Istana Cinta Tengku Puteri, Kerana Manisnya Epal, dan Belog Nuyui Ain. Selamat beraya pada semua.

Monday, August 29, 2011
Doodle Raya
Friday, August 26, 2011
Bertudung dan ibu bapa???
Lagi beberapa hari Bulan Ramadhan nak berakhir. Jadi, gunakan saki-baki waktu yang ada untuk tambahkan amal ibadat anda. So, masa tengah syok tengok FB, ada satu post yang mana komen-komennya menarik perhatian aku. Terkesan jugak la bila baca..huhu.
Ayat paling aku suka, "sekali kita melangkah keluar, sekali kita doakan ibu bapa kita masuk neraka". Yang ni bagi yang tak pakai tudung dan belum berkahwin. Seorang perempuan yang belum berkahwin, dosa pahalanya masih ditanggung oleh ibu bapanya. Kalau sayang ibu bapa korang...pandai-pandai laaa.
Korang tengok la gambar ni ea. Klik pada gambar untuk besarkan.
Ada juga aku jumpa satu blog yang bincangkan isu bertudung ni. Antara tajuk yang aku baca:
- Aurat, Wanita dan neraka
- High heels dan tudung labuh
- Tudung sekarang hanya fesyen.
Nota hari ini: Credit to Azzariyat dan Facebook Tiara Fazlin. Sama-sama kita ambil iktibar..



