Showing posts with label Me say. Show all posts
Showing posts with label Me say. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Temporary Facilitator

Assalamualaikum


Lebih kurang seminggu je lagi untuk kita berpuasa.  Sepanjang cuti ni, memang aku tak buat apa.  Nak kerja memang tak laa sebab aku nak gunakan masa cuti ni untuk betul-betul cuti.  Yela, lepas ni nak start praktikal, lepas tu insyaAllah kerja.  So, bila dah kerja, nak cuti mesti susah.  Sekarang ni la nak enjoy waktu cuti..hehe.


I've been doing something these past couple of days.  Sebenarnya adik aku yang offer "kerja" ni memandangkan kawan lama dia semasa Asasi UiTM dulu perlukan orang yang ada masa lapang dan yang penting berada di Kuantan waktu ni untuk buat "kerja" ni.  Oh, ni bukan kerja pelik, buang masa dan haram.. Jangan risau..hehe.  Sejujurnya, dah lama aku teringin nak buat kerja ni sejak Tingkatan 5 lagi tapi masa tu hingga la zaman universiti, aku takda peluang.  Tak tau ceruk mana aku nak gali tuk cari peluang ni..


Bawah gabungan kerjasama antara UIA(Kuantan) dengan UMP, aku jadi fasilitator sambilan untuk program motivasi untuk adik-adik akak..hehe..  Nama program yang aku joined ni Bengkel Input Learning Anak-anak (BInA).  Kebetulan, tempat pertama yang aku pergi semalam sekolah adik aku sendiri, SMK Cenderawasih.  Tapi, program anjuran sekolah ni lebih utamakan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5, tu pun budak-budak kelas depan-depan..  So, tak ramai sangat la adik-adik yang nak kena handle.  And, takda la adik aku dalam program ni sebab baru Tingkatan 2.



First time jejak kaki masuk sekolah menengah memang mengimbau betul laa (walaupun bukan sekolah sendiri) sebab dah lama tak jejak kaki kat sekolah menengah.  Mula-mula masuk, terus dalam hati "Uishh dah lama tak gi skolah. Rindu giler."  So kepada adik-adik, sila hargai zaman anda sebagai murid-murid sekolah sebaik mungkin..


At first, memang gabra.  Nak introduce nama sendiri pun dah nervous tahap gaban kuasa dua. Serius....sebab dah lama tak bercakap kat depan anonymous yang ramai, dengan mic kat tangan, join pulak program orang yang aku tak kenal, memang selamba badak la time tu.  Pandai-pandai ko la nak bawa diri.  Alhamdulillah, lepas setengah jam dalam dewan, rasa ok sikit.  Buat program dengan budak-budak tu pun ok sebab ada briefing sikit sebelum program tentang apa nak dibuat kat adik-adik ni nanti.  Tapi, biasa la aku ni kekok sikit dan ambil masa nak ngam dengan orang yang tak kenal..  Tapi, bila dah konon-konon buat lawak sikit, baru la adik-adik ni nampak ok.  Cuma sesetengah je yang kinda keep everything to themselves dan malu-malu nak cakap.  Diaorang 11 orang ni pulak baru Tingkatan 3 dan 5, so senang la nak ngam.  Aku pun dah biasa join adik-adik sepupu aku, tu yang rasa ok.


Pagi tadi pulak, pergi sekolah lain.  Kali ni untuk budak-budak Tingkatan 2..  Yang ni agak mencabar sebab budak-budak ni mudah hilang fokus masa orang lain tengah bercakap.  Orang lain tu fasilitator laa..  Kalau yang fokus tu, memang nampak la betapa mendengar kata.  Yang banyak cakap, lelaki.  Sekolah semalam pun aku dapat murid lelaki yang banyak cakap.  Program harini start awal pagi, so aku takda la penat sangat macam semalam.


Program ni banyak ajar aku benda baru terutama pemikiran baru.  Pemikiran baru ni maksud aku cara nak tarik budak zaman sekarang ke arah yang lebih positif.   Kalau tak kena cara, agak susah sebab budak-budak ni memang lumrahnya dibesarkan dengan pemikiran yang negatif.  Contohnya, "Main la naik turun tangga, nanti jatuh, patah kaki, pecah kepala, masuk hospital, sapa susah? Mak ayah jugak.."  Contoh lain pula, "Jangan baca buku komik tu, atau jangan main internet je, tak elok."  Bila disekat dengan cara macam tu, budak-budak ni akan cari jalan sendiri untuk explore sendiri.  Bila dah explore, kadang-kadang bagi diaorang benda tu tak nampak pun mana salahnya, seronok ada laaa...


Lagi susah nak dekat dengan budak-budak zaman sekarang kalau cara pendekatan kita terlalu garang, terlalu mendesak sebab akhirnya budak-budak ni akan makin menjauh dengan kita dan lagi best, diaorang block pendengaran dari dengar kita membebel, marah-marah.  Keputusannya, membazir air liur je.   Disebabkan budak zaman sekarang iaitu Genarasi Y, diorang suka memberontak.  Tak kira la secara dalaman atau dengan tunjuk sikap yang kurang ajar.  Jadi, lebih baik cuba samakan pemikiran kita supaya sama level dengan diaorang, jadi kawan (sebab diaorang kan lagi dengar cakap kawan), jangan banyak berleter supaya mudah kita nak tarik adik-adik atau anak-anak ni supaya bersikap lebih positif.   Wallahualam...


Nota hari ini: Karangan di atas bukan nak tunjuk pandai.  Sekadar kongsi ilmu yang baru dapat.
post signature

Seterusnya

Tuesday, March 6, 2012

Luahan Jiwa Mereng

Assalamualaikum


First day of my final semester almost end. First day only, okay. Alhamdulillah, those classes for today yesterday went well. Frankly speaking, it was hard for me to wake up early since I haven’t done it for the past one and a half month.bhahaha ^_^/”. Besides, I just had a tiring day. Driving was not the problem, those cleaning the house - that was the major problem.


Lepas je sampai rumah, terus kemas rumah yang dah rupa rumah berhantu sebab penuh dengan sawang-sawang segala bagai. -_____-“. Padahal baru tinggal rumah sebulan setengah, tapi dah macam 4 bulan. Segala bagai labah-labah (which I hate) bermaharaja lela dalam bilik. Roommate yang tak diundang dan tak pernah bayar sewa tu walau sesen atau setengah sen, telah menakluki di segenap ruang bilik yang ada. Pandai betul kau ambil kesempatan diatas ketiadaan kami di rumah dengan membuat parti liar. >.< Siap kemas bilik dan bersihkan diri je dah sampai pukul 1 pagi. Pergi kelas pagi, memang la mata macam ala-ala anak cina. Sepet je memanjang.


Motif sebenar entry ni untuk bagitahu that I didn’t do enough cooking while at home. Ini disebabkan aktiviti yang telah melencongkan rancangan ke arah jalan lain. Dalam sebulan setengah, 5 novel sempat khatam, voucher habis sekelip mata, tak duduk rumah, pergi jalan-jalan cuci mata dan menghabiskan tenaga kaki dengan berjalan dan aktiviti paling tidak sihat, mengadap internet.


InsyaAllah gambar yang ada akan ditayang jika kerajinan mengizinkan. I’d better hit the sack now and end my first day. Good night, readers (if there’s any..perasan je lebih)



Nota hari ini Credits: Terima kasih kepada Puan Emak atas bekal yang diberi-cekodok pisang, bihun goreng, Red Velvet Cheese, Coklat Mozels(if I’m not mistaken), air oren, oreo, Pringles, dan segala bagai coklat. Terima kasih yang tak terhingga. Tak lupa juga pada Encik Abah atas budimu men-topup-kan kad TnG, baikpulih air-cond kereta, bagi kebas handphone untuk main Angry Birds sampai habis bateri dan tolong cat bilik walau tak sempat siap. Nanti kita sambung lagi yeeee. Dan Adik Gemuk lagi sasa atas kesudian anda untuk jadi teman gurau, gaduh, pukul, tumbuk, tendang, tolong buka tutup pintu pagar dan sudi dengar leteran kakakmu ini. Don’t miss me cause I miss you all more…sobs…sobs…..


Nota hari ini yang sebenar nota: Kerinduan menjenguk tiba-tiba menjadikan keemosian yang luar biasa. Oh, peti ais rosak!!! Sinki selalu tersumbat!!! dan paip air longgar buatkan air selalu mengalir!!! Dugaan final semester barangkali..Pemikiran positif diperlukan.

Dah apa kejadahnyer perenggan merapu lebih dari perenggan motif nyer??!

post signature

Seterusnya

Saturday, February 18, 2012

Nice To Be A Kid

Assalamualaikum






It's nice to be a kid...

No matter how bad the world is,
You ignore it and can still play around.

No matter how many problems appear,
You can still live without any worries.

No matter what mess you've done,
There's always somebody who will clean it up.

No matter what harm in front of you,
People will try to protect you.

No matter how bad you behave,
People will still forgive and accept you.

No matter what you've done,
People will still love you.


post signature

Seterusnya

Saturday, January 21, 2012

Kelegaan

Assalamualaikum


Setelah menghilang selama 2 minggu (2 minggu je punnnn), kini saya kembali. I just done with my final examination for semester 5. I'm going to be a senior soon and hopefully, dengan izin Yang Maha Esa, aku akan dapat menamatkan pengajian pada waktu yang sepatutnya. In the next couple of months, I will be in my final year and later, doing my internship.


There were 6 courses but only 4 with final exam. So, I am very grateful that it was not as stress as my past semesters. Syukur alhamdulillah, aku dapat luahkan semua yang terbuku di otak yang sudah sarat untuk final exam for the last paper yesterday. Sangat-sangat bersyukur sebab dapat buat dengan jayanya(penuh harapan) dan dapat balik dengan tenang.hehe


I'm not going to list and plan anything on what will I do during my semester break. I just want to enjoy it and TRYING to bake or cook something while I'm at home. Planning don't always work with me since I will end up getting stray away from the path. So, I'll just go with the flow and let the mood take me to where it supposed want to be...


post signature

Seterusnya

Wednesday, December 14, 2011

Jiwa Kacau




Perasaan
Bila haru, tak menyenangkan
Lebih parah tanpa sedar
Penglibatanmu tak disengajakan
Kerisauanmu ku undang

Perasaan
Tak dipinta jiwa yang halus
Namun tetap luluh rasa melihatnya
Satu perkara kecil cuma
Membuat segala jiwa ini kacau

Perasaan
Bukan tak cuba menggapai
Satu semangat tanpa disokong
Kerana berada di kejauhan cuma
Hanya harapan menunggu kenyataan

Perasaan
Bodoh rasa tanpa kewarasan
Percubaan diteruskan demi impian
Walau tak semegah yang ada
Rela tunai kerana pengorbanan
Agar dihadapan bahagia hanya


Anjuran : The Bandits Tarikh tutup penyertaan adalah 31hb December, 2011 tepat jam 12:00mlm.


post signature

Seterusnya

Monday, November 21, 2011

Syabas HM

"Apasal takda orang kat situ" - Dah dia saja nak main sorang-sorang, gila kuasa nak gol.
"Ish, mana boleh main macam tu, mana aci." - Aci bagi je dia main bola macam tu.
"Suspen nyer tengok" - Tengok bola ke, tengok cerita hantu? =.=?
"Tak patut betul la main kasar" - Saja je tu diaorang nak gurau-gurau manja.


Cakap memang senang, yang tukang pemain bola tu, perghhh tak sanggup aku tengok baju basah. Boleh perah, dapat 3 baldi air setiap seorang kott. euwwwww..Disebabkan bola, budak-budak umur bawah 12 tahun pun dah pandai lepak kedai roti canai. Sambil makan nak tengok bola. PERGHHH kagum gila aku rasa. Aku sendiri tapau makan kat rumah. Ni tak, sosial habis budak zaman sekarang. Kaya pula tu siap boleh lepak kedai. Bola oh bola.


Disebabkan bola, assignment dengan report - tak siap. Macam mana nak siap kalau mata asyik tengok TV. Macam mana mata tak tengok TV, budak rumah sakan menjerit walaupon tak gol. Stress aku.


"Ahh, kau pon sama ikot menjerit"
Dah diaorang jerit, aku pon join la. Bukan selalu.
"Lepas tu nak salahkan keje tak siap"
DUSHH!!! Diam la kau.


Stress buat report yang tak faham. Lagi stress dengar jeritan perempuan tengok bola.
"Macam kau bukan perempuan"
Tapi aku jerit takda la senyaring tu, agak sopan.hehehe. So, ladies, next time please control your voice *wink*


Ok, dah boleh sambung tengok drama Korea. Eh, silap. Dah boleh tidur. Ok, aku tipu. Aku nak sambung tengok Korea, lepas tu baru tido.heheh





Kepada team Malaysia, SYABAS sebab dah naikkan nama negara. Saya sayang awak, Kapten Badrul Jom kawin. *tetibe*



Nota hari ini: Banyak aksi lawak dan yang tak sepatutnya tengok tadi. Tapi dah tertengok, nak buat macam mana..huhu.Report buat kemudian sebab nak refer lecturer. Bukan aku saja-saja malas, okeng.

post signature

Seterusnya

Saturday, September 10, 2011

Babai semua

Hibanya hati.... Pilunya jiwa.. Sedihnya rasa...
~~~sayu hatiku, mengenang dikau...menjadi keping-keping....~~~

"Toksah nak keping-keping sangat laa."
Ok.Monkey Emoticons



Selamat tinggal negeriku,
Selamat tinggal kawan-kawanku di sini,
Selamat tinggal rumahku,
Selamat tinggal internet free ku,
Selamat tinggal bilikku,
Selamat tinggal katilku,


Paling sedih dan tak tahan kesedihan tahap gaban:
Selamat tinggal my loving parents, Encik Abah dan Puan Emak,
Selamat tinggal adik kesayangan yang selalu kena kacau dan kena bebel dengan aku,

Akhir sekali,




Selamat tinggal rabbitku yang comel dan aktif, Ed dan EB..HUARRGGHHHHHH!!!!!Monkey Emoticon




DUSSHHH!!!!!!Monkey Emoticons
"Tak payah nak buat sinetron indon kat sini!"
Ok, fine.




Nota hari ini: Encik Abah, Puan Emak dan Adikku, tolonggggggg sangat-sangat jaga Ed dengan Eb ea?huhu...Yang penting, jaga juga kesihatan diri. Moga-moga tak stress rindu sangat dengan kedegilan dan kemalasan kitaorang.huhu

post signature

Seterusnya

Friday, August 26, 2011

Bertudung dan ibu bapa???

Lagi beberapa hari Bulan Ramadhan nak berakhir. Jadi, gunakan saki-baki waktu yang ada untuk tambahkan amal ibadat anda. So, masa tengah syok tengok FB, ada satu post yang mana komen-komennya menarik perhatian aku. Terkesan jugak la bila baca..huhu.

Ayat paling aku suka, "sekali kita melangkah keluar, sekali kita doakan ibu bapa kita masuk neraka". Yang ni bagi yang tak pakai tudung dan belum berkahwin. Seorang perempuan yang belum berkahwin, dosa pahalanya masih ditanggung oleh ibu bapanya. Kalau sayang ibu bapa korang...pandai-pandai laaa.

Korang tengok la gambar ni ea. Klik pada gambar untuk besarkan.
















Ada juga aku jumpa satu blog yang bincangkan isu bertudung ni. Antara tajuk yang aku baca:
- Aurat, Wanita dan neraka
- High heels dan tudung labuh
- Tudung sekarang hanya fesyen.


Nota hari ini: Credit to Azzariyat dan Facebook Tiara Fazlin. Sama-sama kita ambil iktibar..

post signature

Seterusnya

Tuesday, May 24, 2011

NajwaLatif

Hey you all!!! What's you've been doing lately? Any good news? Any good things happened? I hope there are.. Well, I don't know what should I write this time. Not that there's nothing happened, it just that I don't have the mood to write it.heheMonkey Emoticons

Anyway, while surfing the internet, I found something interesting. Why don't you guys check it out. Hear it.



Her name is Imratul Najwa binti Abdul Latif. hah? Monkey Emoticon
Relax. Cool down. I know. I know. Just like my name, right? hahah ^__^

So, she looks like just a plain girl, from Batu Pahat, Johor but her voice kinda amazing. She's like the next Yuna or Ana Raffali. She just another talent-to-be-found. And she's COOL. I like girls who know's how to play guitar. I kinda envy them..huuhu Monkey Emoticon

Another songs that captured my heart ears:
Talking To The Moon - my favourite song lately ^_^
Grenade
Just The Way You Are
Jar of Heart
Yang Terindah
Marry You
and so many to list down.

And this one, well...Focus on the starting of the video - when they introduced themselves.

Is it a coincidence??? Freaky huh?

post signature

Seterusnya

Monday, May 16, 2011

Kamal Adli Hensem ^^,

Usha sana...Usha sini...tekan sana...tekan sini...sila jangan biarkan fikiran anda merewang ke 'channel' lain...Bosan, tak tahu nak buat ape. Usha facebook orang dah. Usha blog orang dah. Layan Youtube pun dah... Then saje-saje nak usah blog sendiri pulak. Scroll punya scroll...

"Last time, 45. Sekarang 46" Lebih kurang macam tu la monolog dalaman yang berlaku pada masa kejadian. Bukan berat yang ditimbang kerana tiada unsur unit ukuran wujud di situ. Lagipun, berat tuan empunya badan tak ada dalam lingkungan tu sebab lebih.huhu..Bilangan binatang ternakan barangkali? Bukan juga kerana tokey pasaraya Tunas Manja dah beli. So, mesti dah kurang, bukan lebih.

"Dah tu, ape yang 45, 46?"

"Sabar la. Orang tak habis cerita lagi dah menyampuk. Cepuk jugak kang. Aish..Monkey Winks"



Disebabkan sekarang zaman moden, leretan cerita dihentikan sampai situ je. Kita straight to the Ampang Point..Jap, aku membebel dari tadi, korang tak tengok ke?

"Tuuuuuuu. Cuba you all tengok dekat follower i...hehe" *nada gedik yang mahu dilempang*






Yang segak berbaju biru tu, kenal tak? hehe. Salah seorang pelakon yang semakin meningkat iaitu En. Kamal Adli sudi jadi follower blog merapu ni...*bangga jap*Monkey Icons Cici



Terima kasih Abang Kamal...heheMonkey Emoticons

post signature

Seterusnya

Tuesday, May 10, 2011

Coffee...oh Caffeine

Lebih sehari dah aku duduk dekat rumah untuk memulakan hari cuti 4 bulan..Jap, betul ke ayat aku tu? Anggap jela betul...Anyway, rasa kebosanan semakin membesar walaupun baru satu hari. Sampai aku dah tak tahu nak buat ape... Bukan tak nak tidur, tapi mata ni segar bugar bak sayaur yang baru dipetik dari ladang..

Ok, gara-gara keinginan untuk mencuba Old Town White Coffee segera, ni la padahnya. Aku tak boleh tidur. Sebenarnya aku dah jarang minum air-air berkafein ni.. Air bergas je selalu aku layan..hehe


Naik kematu dan kebas-kebas punggung aku sebab duduk lama sangat depan lappy ni...huhu. Okay, aku tak tahu nak celoteh dan merapu apa waktu ni. Current update, I was trying to find a job to fill my days for 4 months. Any idea?? Any vacancy??

Oh, it's better kalau aku habiskan masa dengan membaca. Membaca kan amalan mulia...cewahhhh...Buku apa? As usual, my favourite story, Twilight Series..hehe.







remainder: No more coffee at night...huhu

Seterusnya

Friday, May 6, 2011

Wira Hijau berbaju purple

I’m coming home
I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits...lalalala~~~Monkey Emoticon



Haha..Today, I had finished my last battle. So...Monkey Icons YoyoDengan ini, saya mengumumkan saya akan bertolak sebentar lagi..



Oh, hari yang terakhir, mengembirakan saya. Jumpa lagi dia..Monkey Icons Cici Melompat-lompat, menari-nariMonkey Winks sebelum masuk dewan exam tadi. Ok, penipuan di situ. melompat dalam hati jer..huhu...Kalau ade jodoh, kita jumpa lagi ye wahai owner Wira Hijau berbaju ungu..Monkey Emoticons *syok sorang jap...bahahaha*



Ok, nak kemas baju...see ya!!!!Monkey Icon


Monkey EmoticonsArau...jumpa lagi...

Seterusnya

Thursday, April 28, 2011

Stress ketika belajar??

Almost everyday I would spent my time here. And today, I've been here since 8.50AM. Stadi la konon...huhu..Untuk mengelakkan rase bahang dan panas yang melampau bagi kulit badan, aku decide untuk habiskan masa memanjakan diri dengan si perpustakaan. Sambil tu, manjakan otak dengan buku-buku, ilmu-ilmu segala bagai. Monkey IconsOk, salah niat. Sebab tu ilmu susah nak masuk..huhu

Hari ini bakal bermula waktu stress jangka pendek. Ada ke macam tu? Monkey Icons YoyoMaksud aku, esok dan lusa, tanpa sebarang belas kasihan oleh pihak atasan, jadual peperiksaan akan diikat rapat. Hanya ada kurang 24jam untuk bernafas. Kalau dalam 4bulan pun susah ilmu nak masuk, ini kan pula kurang 24jam...


27/4 - 9.00AM - Mathematical Economics
29/4 - 8.30AM - Real Analysis
30/4 - 9.00AM - Econometrics
4/5 - 9.00AM - Finance
6/5 - 8.30AM - Forecasting



Wahai otak yang baik hati, FIGHTING!!!Monkey Winks

Monkey Winks Stress memikirkan hari esok dan lusa



Ini adalah entry untuk menghilangkan stress dan mengantuk...
Adakah anda rasa begini ketika belajar? Monkey Icons


Jom kita bersenam!!!




Mula-mula, longgarkan segala urat yang tegang. Buat macam ni ok...
Monkey Emoticons
*
*
*
*
*

Next, mulakan larian mengelilingi perpustakaan atau kawasan rumah anda
Monkey Emoticons
*
*
*
*
*

Next, kita buat tai-chi sikit ye...
Monkey Icon
*
*
*
*
*

Ok, kita relax-relax sikit...Buat senaman sejukkan badan
Monkey Emoticons
*
*
*
*
*
*
*

Dah segar kan? kan?
Ok, jom sambung.Monkey Icon

Seterusnya

Tuesday, April 12, 2011

Lahirnya Heroku

This is just a quick post.

Pengorbananmu bagiku tinggi sangat,

Kasih sayangmu seluas lautan.

Titipan doa untukmu sentiasa ku ingat,

Wahai HEROku, kekasihku, di Kuantan.






Gambar 2 tahun lepas..Abaikan tangan keringku..


♡♡♡♥♥♥SELAMAT HARI LAHIR wahai AYAHANDAku, Abu Hasan Nuddin..
Anakandamu luv u, dad.♥♥♥♡♡♡

Seterusnya

Sunday, April 10, 2011

Kenapa dia??

Kenapa korang pilih dia? Kaya? Cantik/kacak? Tinggi? Kurus/mantap? Atau sebab si dia baik hati, memahami, pandai melayan...Pendek kata, pilihan korang tu atas sebab luaran atau sebab dalaman? Terpulang pada pandangan individu. Ada yang lebih suka si dia cantik/kacak sedangkang perangai tak macam luaran pun. Ada yang pilih si dia yang poket penuh. Motif? Untuk tolong diri sendiri sara diri. Betul ke?

Biasanya, yang cantik mesti nak yang kacak. Tapi korang sedar tak kecantikan korang tahap mane? Mungkin bagi korang dah cukup cantik. Bagi mata orang lain? Ingat, pandangan setiap orang berbeza.

Macam istilah 'seksi'.
Pandangan 1: Seksi betul perempuan tu pakai baju tanpa lengan dengan mini skirt, kain jarang.
Pandangan 2: Seksi betul perempuan berbaju kurung tu.

Aku rasa, kaum Adam banyak akan pilih Pandangan 1. Sebab dah terang lagi bersuluh.huhu.. Hanya segelintir pilih Pandangan 2. Alasan mereka, yang tak nampak tu lah seksi. Imaginasi lelaki ni macam-macam, hanya Allah yang tahu...Kalau macam tu, kaum hawa nak pakai macam mana nak elak gelaran 'seksi'? Nanti ada yang SEKSA melihat dan dilihat pula..huhu

Okay, ini kisah bukan pasal seksi. berbalik pada asal, kenapa si dia?
Kes 1: Tak kisah la suami orang ke tak, janji kacak dan kaya(PARAH)
Kes 2: Tak kisah la tua dan boroi, janji boleh tanggung hidup aku.(PARAH)
Kes 3: Tak kisah la tak kacak, janji pandai ambil hati aku dan jaga perasaan aku.(Ni kes bercinta dengan bangla kot sampai lari dari keluarga..huhu)

Ada yang pilih si dia sebab si dia banyak bagi duit. Sama ada si dia beri atau korang minta, itu aku tak tahu. Korang punya cerita.kahkahkah...Ada yang tetap pilih si dia walaupun tahu si dia main kayu tiga. Mungkin sebab si dia terlalu kacak untuk dilepaskan atau korang takut tak ada dah yang nak korang?

Ada yang lepas putus, terus cari lain. Ini pun kes kekurangan kasih sayang.Kesian..kesian...Tak boleh hidup tanpa si dia? Habis tu, sebelum jumpa, boleh je hidup..Bernafas jer..Betul tak??? Kalau yang baru lepas putus, omputih cakap,"Take it easy". Tak perlu gopoh-gopoh...Stabilkan hidup sendiri dulu baru stabilkan hidup orang lain.

Bagi yang kekurangan kasih sayang atau terlebih kasih sayang (sampai main kayu tiga), cuba korang fikir. Dah cukup ke kasih sayang korang bagi pada mak ayah? Dah cukup ke korang bagi kasih sayang pada diri sendiri? Lebih penting, dah cukup ke korang bagi kasih sayang pada Yang Maha Esa? Kenapa nak bagi pada yang jauh sedangkan yang terdekat(Allah dan keluarga) dengan korang pun tak dapat kasih sayang yang SEJATI.




Pilihlah si dia yang membawa ke jalan Allah disertai restu ibu bapa. Hindari mereka yang memesongkan anda dari jalan yang benar. Wallahualam...Renung-renungkan...

Seterusnya

Saturday, April 2, 2011

Heart and Love

When heart spokes its own words
Things will change
Life won't be the same

The heart may be soft and open
But once it suffer a great pain
It will be close and hard

If you got a heartache
Be strong than before
And walk your own way

As the time goes by
All the hurt can be heal
But the scars will remain





Look before you fall in love
Think before you said the word 'love'
Cover before you show your love

Seterusnya

Wednesday, March 2, 2011

Review..revise..re...

Assalamualaikum, peeps!

Okay, I'll make it short. It's just a review of what had happened, are happening and about to happen.

This week:-
Wednesday:
- listening test for Mandarin at 11AM
- Forecasting test at 3.30PM
- Finance test at 8PM (but had been canceled to undecided date.*sigh* Thanked God!)

Thursday: Quiz for Mathematical Economics

Friday: supposed to be no class but there will be a replacement class.


Mandarin 'things'(test, quizzes and public speaking) will be held every Wednesday before Week 15.

Next weekend I will be going for a trip to Kedah. I've been counting the days since I can't go back. So, this will be a good thing. I think.

Econometrics project which I haven't start anything yet, need to be submit within two weeks.

Mandarin drama need to be submit at Week 15. Still way out of sight. We still didn't discuss the storyline, the dialogue and so forth.

Last Friday supposed to have an Econometrics Lab Test but had been canceled. Replacement test, still not decided yet.

ARGHHHH!!! There are LOTS to do! MSN Onion Emoticon Set

Starting next week until before final examination, it's going to be a C-R-A-Z-Y week for me and my friends...
Hello Mr. Tests and Mrs. Quizzes.Onion Icon

Goodbye to my sweet, loving, understanding, love. Onion IconsDon't worry. We have to be apart. It just for a while and it's for my future. I really hope that you will understand. But don't worry, love. We will meet again soon. It just the matter of time. Later, I will give all my time just for you my love...
*
*
*
*
*
*
*
my Mr. REST.heheheMSN Onion Icons

That's all, peeps. Okay, it's not short at all..bhahahhacrabemoticon


Peace out, no war. Please pray the best for me...

Seterusnya