Thursday, August 9, 2012

Temporary Facilitator

Assalamualaikum


Lebih kurang seminggu je lagi untuk kita berpuasa.  Sepanjang cuti ni, memang aku tak buat apa.  Nak kerja memang tak laa sebab aku nak gunakan masa cuti ni untuk betul-betul cuti.  Yela, lepas ni nak start praktikal, lepas tu insyaAllah kerja.  So, bila dah kerja, nak cuti mesti susah.  Sekarang ni la nak enjoy waktu cuti..hehe.


I've been doing something these past couple of days.  Sebenarnya adik aku yang offer "kerja" ni memandangkan kawan lama dia semasa Asasi UiTM dulu perlukan orang yang ada masa lapang dan yang penting berada di Kuantan waktu ni untuk buat "kerja" ni.  Oh, ni bukan kerja pelik, buang masa dan haram.. Jangan risau..hehe.  Sejujurnya, dah lama aku teringin nak buat kerja ni sejak Tingkatan 5 lagi tapi masa tu hingga la zaman universiti, aku takda peluang.  Tak tau ceruk mana aku nak gali tuk cari peluang ni..


Bawah gabungan kerjasama antara UIA(Kuantan) dengan UMP, aku jadi fasilitator sambilan untuk program motivasi untuk adik-adik akak..hehe..  Nama program yang aku joined ni Bengkel Input Learning Anak-anak (BInA).  Kebetulan, tempat pertama yang aku pergi semalam sekolah adik aku sendiri, SMK Cenderawasih.  Tapi, program anjuran sekolah ni lebih utamakan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5, tu pun budak-budak kelas depan-depan..  So, tak ramai sangat la adik-adik yang nak kena handle.  And, takda la adik aku dalam program ni sebab baru Tingkatan 2.



First time jejak kaki masuk sekolah menengah memang mengimbau betul laa (walaupun bukan sekolah sendiri) sebab dah lama tak jejak kaki kat sekolah menengah.  Mula-mula masuk, terus dalam hati "Uishh dah lama tak gi skolah. Rindu giler."  So kepada adik-adik, sila hargai zaman anda sebagai murid-murid sekolah sebaik mungkin..


At first, memang gabra.  Nak introduce nama sendiri pun dah nervous tahap gaban kuasa dua. Serius....sebab dah lama tak bercakap kat depan anonymous yang ramai, dengan mic kat tangan, join pulak program orang yang aku tak kenal, memang selamba badak la time tu.  Pandai-pandai ko la nak bawa diri.  Alhamdulillah, lepas setengah jam dalam dewan, rasa ok sikit.  Buat program dengan budak-budak tu pun ok sebab ada briefing sikit sebelum program tentang apa nak dibuat kat adik-adik ni nanti.  Tapi, biasa la aku ni kekok sikit dan ambil masa nak ngam dengan orang yang tak kenal..  Tapi, bila dah konon-konon buat lawak sikit, baru la adik-adik ni nampak ok.  Cuma sesetengah je yang kinda keep everything to themselves dan malu-malu nak cakap.  Diaorang 11 orang ni pulak baru Tingkatan 3 dan 5, so senang la nak ngam.  Aku pun dah biasa join adik-adik sepupu aku, tu yang rasa ok.


Pagi tadi pulak, pergi sekolah lain.  Kali ni untuk budak-budak Tingkatan 2..  Yang ni agak mencabar sebab budak-budak ni mudah hilang fokus masa orang lain tengah bercakap.  Orang lain tu fasilitator laa..  Kalau yang fokus tu, memang nampak la betapa mendengar kata.  Yang banyak cakap, lelaki.  Sekolah semalam pun aku dapat murid lelaki yang banyak cakap.  Program harini start awal pagi, so aku takda la penat sangat macam semalam.


Program ni banyak ajar aku benda baru terutama pemikiran baru.  Pemikiran baru ni maksud aku cara nak tarik budak zaman sekarang ke arah yang lebih positif.   Kalau tak kena cara, agak susah sebab budak-budak ni memang lumrahnya dibesarkan dengan pemikiran yang negatif.  Contohnya, "Main la naik turun tangga, nanti jatuh, patah kaki, pecah kepala, masuk hospital, sapa susah? Mak ayah jugak.."  Contoh lain pula, "Jangan baca buku komik tu, atau jangan main internet je, tak elok."  Bila disekat dengan cara macam tu, budak-budak ni akan cari jalan sendiri untuk explore sendiri.  Bila dah explore, kadang-kadang bagi diaorang benda tu tak nampak pun mana salahnya, seronok ada laaa...


Lagi susah nak dekat dengan budak-budak zaman sekarang kalau cara pendekatan kita terlalu garang, terlalu mendesak sebab akhirnya budak-budak ni akan makin menjauh dengan kita dan lagi best, diaorang block pendengaran dari dengar kita membebel, marah-marah.  Keputusannya, membazir air liur je.   Disebabkan budak zaman sekarang iaitu Genarasi Y, diorang suka memberontak.  Tak kira la secara dalaman atau dengan tunjuk sikap yang kurang ajar.  Jadi, lebih baik cuba samakan pemikiran kita supaya sama level dengan diaorang, jadi kawan (sebab diaorang kan lagi dengar cakap kawan), jangan banyak berleter supaya mudah kita nak tarik adik-adik atau anak-anak ni supaya bersikap lebih positif.   Wallahualam...


Nota hari ini: Karangan di atas bukan nak tunjuk pandai.  Sekadar kongsi ilmu yang baru dapat.
post signature

No comments: