Harini aku start sem dengan belajar dalam dunia baru – dunia praktikal. Seminggu sebelum praktikal lagi dah terasa debaran. Masa tu, tiap kali fikir pasal hari pertama praktikal mesti nervous. Luaran je cool tapi dalaman ada banyak rama-rama terbang dalam perut. Tiba malam terakhir, macam-macam aku fikir. Baju apa nak pakai, kasut mana sesuai, nak bawa apa, jawapan apa nak kena sedia untuk jawab…
Konon malam tadi nak tido awal tapi ended up pukul 1.30 pagi jugak baru lena. Hari pertama dimulakan dengan bismillah masa keluar rumah dengan selawat banyak-banyak nak hilangkan gementar. Fikir positif, tarik nafas dalam-dalam…tapi jangan lupa lepas. Kalau tak, terus kereta menuju hospital seberang.
Ikut surat, awal pagi aku kena pergi bahagian sumber manusia dulu untuk lapor diri sebagai pelatih. Pagi tadi je ada 7 orang termasuk aku yang lapor diri. Lepas briefing, isi boring yang perlu, potpet sikit-sikit, baru la kitaorang berpecah pergi bahagian atau jabatan masing-masing. Aku? Bahagian belanjawan dan perolehan. Oh, ada lagi sorang budak dari Shah Alam yang sama kursus masuk bahagian yang sama. Awal-awal dah ada geng, memang senang la hidup lepas ni..hahaha
Sejujurnya, harini sangat, teramat, sungguh, begitu membosankan (betapa banyak perkataan sama erti maksudnya sangat-sangat). Lepas briefing dari Chief Clerk(CC), ada sorang akak, Kak Ida tolong perkenalkan kitaorang kat staf lain yang ada kat situ. Jangan tanya nama sebab memang aku tak ingat. Dengar sambil lalu je. Yang aku betul-betul pasti pun nama CC, Puan Zaidah.hahaha (memang masalah nak ingat nama orang)
Ouh, nak tau ape pasal aku kebosanan tahap melampau gaban kuasa tiga? Sebab harini tak buat apa kecuali menjulingkan mata tengok nombor baucer pembayaran sebab nak susun dalam fail ikut bulan. Then periksa setiap fail tengok baucer mana takda dalam fail tu. Memang tak mencabar. T__T (menangis dalam hati)
Buat kerja yang tak mencabar ni, memang mata sedap la layan feeling lagu instrumentel sorang-sorang. Mentang-mentang duk dalam air-cond, lagi sedap la mata ni layan feeling. Nak tunggu pukul 5 petang tu memang tak best bila takda kerja. Dari biar mata mengantuk, baik julingkan mata periksa baucer tu.
Mentang-mentang dapat kawan baru, terus aku ajak berjinba lepas habis kerja, gi shopping kasut lagi.hahaha..memang aku gila sebab beli sampai 2. Rilex la, bukan kasut harga ratus-ratan jauh sekali ribu-riban. Dah la aku pengaruh orang gi jalan-jalan. Pastu pengaruh pulak member baru beli kasut baru..hahaha. Ko redha jela dengan perangai kawan baru ko lepas ni wahai Cik Yana.
Nota hari ini: Semoga lepas ni lagi banyak kerja mencabar minda. Oh, khamis ni ada jamuan raya. Oohhh yeaaahhh! “\^_^/”
No comments:
Post a Comment