Showing posts with label studies. Show all posts
Showing posts with label studies. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Kebebasan Hidup Praktikal

Assalamualaikum

Ok, nampak sangat dah malas nak update blog.  Dekat 4 bulan kau, aku tinggal belog ni tapi selalu makan cool blog.hahah.  Aku takda la sibuk sangat sampai takda masa nak online.  Tapi aku tak cukup masa nak online mengadap blog yang dah bersawang macam hape dah.

Hujan macam ni memang sedap berdua-duaan dengan katil dan bantal.hahaha...Dengan termeterainya perjanjian kebebasan dari kehadiran latihan industri, dengan ini, diumumkan bahawa mood malas telah diaktifkan ke tahap gaban kuasa tiga.  Segala perilaku selepas ini boleh dianggap diluar kawalan.

Okay, harini hari terakhir aku hidup sebagai pelajar praktikal.  Yang paling best, hari-hari terakhir ni la banyak kerja sampai aku balik lewat sejam.  Memang seorang pelatih yang berdedikasi kau Jah!  Pukul enam bila makhluk lain mula bangun, aku baru nak balik masa tu.


Dah, tak payah nak merapu merepek bagai.  Alhamdulillah, segalanya berakhir harini.  Lepas ni apa aku buat? Encik Abah tolong jawab "lepas ni tunggu rombongan meminang". Tuuuudiiiaaaa!  Green light atau amaran? Segala penjelasan haruslah diminta dari Encik Abah.  Kalau tanya aku, memang lain la yang aku fikir.hewhewhew...


Bila aku baca balik, macam tunggang-langgang je ayat aku...Mungkin sebab otak yang tak berapa nak stabil masa ni.


"HOIH! dah dah la tu melagha nyer...Pi siapkan report LI la!."
"Okbai".


post signature

Seterusnya

Monday, September 10, 2012

Hari Pertama Latihan Praktikal

Assalamualaikum


Harini aku start sem dengan belajar dalam dunia baru – dunia praktikal. Seminggu sebelum praktikal lagi dah terasa debaran. Masa tu, tiap kali fikir pasal hari pertama praktikal mesti nervous. Luaran je cool tapi dalaman ada banyak rama-rama terbang dalam perut. Tiba malam terakhir, macam-macam aku fikir. Baju apa nak pakai, kasut mana sesuai, nak bawa apa, jawapan apa nak kena sedia untuk jawab…

Konon malam tadi nak tido awal tapi ended up pukul 1.30 pagi jugak baru lena. Hari pertama dimulakan dengan bismillah masa keluar rumah dengan selawat banyak-banyak nak hilangkan gementar. Fikir positif, tarik nafas dalam-dalam…tapi jangan lupa lepas. Kalau tak, terus kereta menuju hospital seberang.

Ikut surat, awal pagi aku kena pergi bahagian sumber manusia dulu untuk lapor diri sebagai pelatih. Pagi tadi je ada 7 orang termasuk aku yang lapor diri. Lepas briefing, isi boring yang perlu, potpet sikit-sikit, baru la kitaorang berpecah pergi bahagian atau jabatan masing-masing. Aku? Bahagian belanjawan dan perolehan. Oh, ada lagi sorang budak dari Shah Alam yang sama kursus masuk bahagian yang sama. Awal-awal dah ada geng, memang senang la hidup lepas ni..hahaha

Sejujurnya, harini sangat, teramat, sungguh, begitu membosankan (betapa banyak perkataan sama erti maksudnya sangat-sangat). Lepas briefing dari Chief Clerk(CC), ada sorang akak, Kak Ida tolong perkenalkan kitaorang kat staf lain yang ada kat situ. Jangan tanya nama sebab memang aku tak ingat. Dengar sambil lalu je. Yang aku betul-betul pasti pun nama CC, Puan Zaidah.hahaha (memang masalah nak ingat nama orang)

Ouh, nak tau ape pasal aku kebosanan tahap melampau gaban kuasa tiga? Sebab harini tak buat apa kecuali menjulingkan mata tengok nombor baucer pembayaran sebab nak susun dalam fail ikut bulan. Then periksa setiap fail tengok baucer mana takda dalam fail tu. Memang tak mencabar. T__T (menangis dalam hati)

Buat kerja yang tak mencabar ni, memang mata sedap la layan feeling lagu instrumentel sorang-sorang. Mentang-mentang duk dalam air-cond, lagi sedap la mata ni layan feeling. Nak tunggu pukul 5 petang tu memang tak best bila takda kerja. Dari biar mata mengantuk, baik julingkan mata periksa baucer tu.

Mentang-mentang dapat kawan baru, terus aku ajak berjinba lepas habis kerja, gi shopping kasut lagi.hahaha..memang aku gila sebab beli sampai 2. Rilex la, bukan kasut harga ratus-ratan jauh sekali ribu-riban. Dah la aku pengaruh orang gi jalan-jalan. Pastu pengaruh pulak member baru beli kasut baru..hahaha. Ko redha jela dengan perangai kawan baru ko lepas ni wahai Cik Yana.





Nota hari ini: Semoga lepas ni lagi banyak kerja mencabar minda. Oh, khamis ni ada jamuan raya. Oohhh yeaaahhh! “\^_^/”


Motif? hehehe

post signature

Seterusnya

Monday, July 16, 2012

Final Semester

Assalamualaikum

Alhamdulillah, I reached home safely 2 hours ago. Alhamdulillah, final examination has ended. Alhamdulillah study time is over.

Goodbye study world. Goodbye my beloved friends. Goodbye North's memories.

Hello home sweet home. Hello to semester break. Hello to real world.


Habis final exam Khamis lepas, tak dapat sangat habiskan masa dengan budak-budak rumah sebab masing-masing ada hal. T__T tsk.tsk.tsk. Aku pula, kemas barang sikit-sikit sebab petang tu ke rumah mak angkat, bermalam kat sana sebelum balik. Petang jumaat aku balik rumah semula. Lagi sadis sebab malam tu aku tidur sorang. Semua menghilang..Sedih lagi.. Tiba-tiba wonderpet, why all this must happen on my last night??

Disebabkan tidur lambat, bangun pun lambat laa. Cadangnya nak balik awal pagi la dalam pukul 9. At last, pukul 10 pagi baru gerak dari Arau.. Then ke Sungai Petani jumpa 'kawan', follow pulak ke Kedah. Kononnya celebrate final exam dengan barbeque di Air Terjun Titi Hayun. That's actually not in the list, but a last minute decision. However, I did had a good time, creating moreeeeeee memories. A sweet one. An unforgettable moments ^__^. Thank you, Mr. RMR.

Sampai Gombak, dah pukul 10 malam. Ingat ke nak balik hari Ahad, tapi kalau dah kat Gombak tu, mesti kena tahan punya laaa...hehe. So, harini baru la tiba di rumah manis rumah.



post signature

Seterusnya

Tuesday, March 6, 2012

Luahan Jiwa Mereng

Assalamualaikum


First day of my final semester almost end. First day only, okay. Alhamdulillah, those classes for today yesterday went well. Frankly speaking, it was hard for me to wake up early since I haven’t done it for the past one and a half month.bhahaha ^_^/”. Besides, I just had a tiring day. Driving was not the problem, those cleaning the house - that was the major problem.


Lepas je sampai rumah, terus kemas rumah yang dah rupa rumah berhantu sebab penuh dengan sawang-sawang segala bagai. -_____-“. Padahal baru tinggal rumah sebulan setengah, tapi dah macam 4 bulan. Segala bagai labah-labah (which I hate) bermaharaja lela dalam bilik. Roommate yang tak diundang dan tak pernah bayar sewa tu walau sesen atau setengah sen, telah menakluki di segenap ruang bilik yang ada. Pandai betul kau ambil kesempatan diatas ketiadaan kami di rumah dengan membuat parti liar. >.< Siap kemas bilik dan bersihkan diri je dah sampai pukul 1 pagi. Pergi kelas pagi, memang la mata macam ala-ala anak cina. Sepet je memanjang.


Motif sebenar entry ni untuk bagitahu that I didn’t do enough cooking while at home. Ini disebabkan aktiviti yang telah melencongkan rancangan ke arah jalan lain. Dalam sebulan setengah, 5 novel sempat khatam, voucher habis sekelip mata, tak duduk rumah, pergi jalan-jalan cuci mata dan menghabiskan tenaga kaki dengan berjalan dan aktiviti paling tidak sihat, mengadap internet.


InsyaAllah gambar yang ada akan ditayang jika kerajinan mengizinkan. I’d better hit the sack now and end my first day. Good night, readers (if there’s any..perasan je lebih)



Nota hari ini Credits: Terima kasih kepada Puan Emak atas bekal yang diberi-cekodok pisang, bihun goreng, Red Velvet Cheese, Coklat Mozels(if I’m not mistaken), air oren, oreo, Pringles, dan segala bagai coklat. Terima kasih yang tak terhingga. Tak lupa juga pada Encik Abah atas budimu men-topup-kan kad TnG, baikpulih air-cond kereta, bagi kebas handphone untuk main Angry Birds sampai habis bateri dan tolong cat bilik walau tak sempat siap. Nanti kita sambung lagi yeeee. Dan Adik Gemuk lagi sasa atas kesudian anda untuk jadi teman gurau, gaduh, pukul, tumbuk, tendang, tolong buka tutup pintu pagar dan sudi dengar leteran kakakmu ini. Don’t miss me cause I miss you all more…sobs…sobs…..


Nota hari ini yang sebenar nota: Kerinduan menjenguk tiba-tiba menjadikan keemosian yang luar biasa. Oh, peti ais rosak!!! Sinki selalu tersumbat!!! dan paip air longgar buatkan air selalu mengalir!!! Dugaan final semester barangkali..Pemikiran positif diperlukan.

Dah apa kejadahnyer perenggan merapu lebih dari perenggan motif nyer??!

post signature

Seterusnya

Wednesday, October 19, 2011

Gedik Santai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Topik kita pada pertemuan kali ini adalah, "Mari Mengomen Gambar Gedik". So, as promised, these were the pictures taken from my photoshoots with my girlfriends last week. WARNING! If you're feeling sick while looking at it, please leave this page IMMEDIATELY. Or else, spare a bucket by your side. Monkey Icons Yoyomiahahaha

So, cekidaut!


With Tya




With Atiq




With Yati




Masih mampu bertahan?






With My Baby




My Girlfriends



Ok, this is the last one.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Sila muntah sekarang.




Nota hari ini: Thanks to Tasoh Lake a.k.a. location for video clip Alyah-Kisah Hati for the nice view. Don't like it? That's fine. I don't wake up everyday to impress you.Monkey Icon Yoyo


post signature

Seterusnya

Saturday, October 15, 2011

Gila, Gedik.

Hari yang memenatkan sungguh! Kelas habis awal sejam, memang syok untuk orang-orang pemalas terlebih rajin macam aku nih.heheh...Terima kasih banyak-banyak pada En. Azizan. Next time habis awal lagi ye?hehe. Gila punya statement. Tak pasal-pasal dapat ceramah percuma nanti.huhu.

Anyway, tanpa merapu meraban dengan lebih lanjut, harini entah mimpi apa, aku decided to join my friend's sister for senamrobot. Eh, pembetulan di situ, senamrobik. Senamrobot hanya bila aku yang buat.hahah. Memang sejarah hidup aku macam excited nak pergi. But honestly, it was fun! Maybe boleh join lagi next week? Hanya masa yang menjadi penentu segalanya...

Balik dari senamrobik, aktiviti yang ditunggu-tunggu. Sesi bermodel gedik tak hingat dunia. Lokasi tajaan: Tasik Timah Tasoh. Masa ni memang syiokkk. Dress up gedik ayu melampau tahap gaban kuasa 10. Gambar menyusul kemudian.

Balik rumah dah nak maghrib. Pukul 8 malam, keluar semula pergi teman member ke Hospital Jitra. Balik rumah, bersihkan diri, terus terbungkang gaya kuak lentang atas katil terlebih empuk. Mata memang dah berat macam dukung budak 6 tahun.


Selamat malam..Penyediaan diri perlu dari segi mental dan fizikal untuk program paksa, bukan rela esok hari. Mental, bersedialah anda!



post signature

Seterusnya

Friday, May 6, 2011

Wira Hijau berbaju purple

I’m coming home
I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits...lalalala~~~Monkey Emoticon



Haha..Today, I had finished my last battle. So...Monkey Icons YoyoDengan ini, saya mengumumkan saya akan bertolak sebentar lagi..



Oh, hari yang terakhir, mengembirakan saya. Jumpa lagi dia..Monkey Icons Cici Melompat-lompat, menari-nariMonkey Winks sebelum masuk dewan exam tadi. Ok, penipuan di situ. melompat dalam hati jer..huhu...Kalau ade jodoh, kita jumpa lagi ye wahai owner Wira Hijau berbaju ungu..Monkey Emoticons *syok sorang jap...bahahaha*



Ok, nak kemas baju...see ya!!!!Monkey Icon


Monkey EmoticonsArau...jumpa lagi...

Seterusnya

Thursday, April 28, 2011

Stress ketika belajar??

Almost everyday I would spent my time here. And today, I've been here since 8.50AM. Stadi la konon...huhu..Untuk mengelakkan rase bahang dan panas yang melampau bagi kulit badan, aku decide untuk habiskan masa memanjakan diri dengan si perpustakaan. Sambil tu, manjakan otak dengan buku-buku, ilmu-ilmu segala bagai. Monkey IconsOk, salah niat. Sebab tu ilmu susah nak masuk..huhu

Hari ini bakal bermula waktu stress jangka pendek. Ada ke macam tu? Monkey Icons YoyoMaksud aku, esok dan lusa, tanpa sebarang belas kasihan oleh pihak atasan, jadual peperiksaan akan diikat rapat. Hanya ada kurang 24jam untuk bernafas. Kalau dalam 4bulan pun susah ilmu nak masuk, ini kan pula kurang 24jam...


27/4 - 9.00AM - Mathematical Economics
29/4 - 8.30AM - Real Analysis
30/4 - 9.00AM - Econometrics
4/5 - 9.00AM - Finance
6/5 - 8.30AM - Forecasting



Wahai otak yang baik hati, FIGHTING!!!Monkey Winks

Monkey Winks Stress memikirkan hari esok dan lusa



Ini adalah entry untuk menghilangkan stress dan mengantuk...
Adakah anda rasa begini ketika belajar? Monkey Icons


Jom kita bersenam!!!




Mula-mula, longgarkan segala urat yang tegang. Buat macam ni ok...
Monkey Emoticons
*
*
*
*
*

Next, mulakan larian mengelilingi perpustakaan atau kawasan rumah anda
Monkey Emoticons
*
*
*
*
*

Next, kita buat tai-chi sikit ye...
Monkey Icon
*
*
*
*
*

Ok, kita relax-relax sikit...Buat senaman sejukkan badan
Monkey Emoticons
*
*
*
*
*
*
*

Dah segar kan? kan?
Ok, jom sambung.Monkey Icon

Seterusnya

Tuesday, March 29, 2011

Hujan hari-hari hujan...

It's been raining heavily for one whole day not to mention every day before. So??? Besides the weather turns to "winter" which my favourite season - the cold and the rain...Tidur pun sodap ni...err Monkey Icons YoyoOkay. My lecturer told me that if it's continue for 3 days, then we might face the flood again.

Since today's class at 3.30PM had been cancelled, me and my friends decided to buy some food as a preparation. I hope what happened last semester will not happen again. Final exam is just around the corner. I don't want to be stuck in this small town. I don't want to think about not being able to go back home if flood does happen.

Oh, the rain had stop. For now, I think. Gotta go. Need to finish my mandarin speech for public speaking tomorrow..urgh.Monkey Emoticon

Seterusnya

Friday, March 25, 2011

Study Trip - gambar

As I promised, here it goes--->

Some of the boys before the journey start



Some of the girls before the journey start



Sebelum masuk, daftar dulu ye...



Selamat datang ke TNB, bahagian Seminar dan Persidangan...



Pose kejap sebelum masuk dewan auditorium *wink*



Sebelum taklimat, kita makan dulu!!!!



Jangan berebut ok, kanak-kanak...



Our breakfast, prepared by TNB. Thank you so much!



Jemput makan.... ^^,



Pensyarah yang turut serta - Puan Jasmani(kiri) dan Puan Zurina(tengah)



Pihak TNB yang berbaju biru



Pemberi taklimat a.k.a. wakil dari TNB



Selamat datang dari pihak TNB kepada pelajar UiTM Arau... =)



Dalam dewan auditorium, TNB.



Kenangan bersama TNB (^_^)



"Bestnya dapat M besar... ^_^". McD lagi enak dari bergambar..haha



Tiba di PKNK, bahagian Pembangunan Usahawan



Mendengar taklimat dan serba sedikit tentang PKNK



Semut jumpa gula *grinned*



Masa untuk tambahkan berat badan..hahah



Masa untuk cipta kenangan..weeee "\^_^/"



------------------Hari ke 2---------------------




Para model memberikan pose dipagi hari sementara menunggu bas.hehe *wink*



Pemberi taklimat ketika di IQM, Gurun.




Di IQM, sebelum bergambar untuk pulang.





That's all, peeps!

Seterusnya