Saturday, October 15, 2011

Gila, Gedik.

Hari yang memenatkan sungguh! Kelas habis awal sejam, memang syok untuk orang-orang pemalas terlebih rajin macam aku nih.heheh...Terima kasih banyak-banyak pada En. Azizan. Next time habis awal lagi ye?hehe. Gila punya statement. Tak pasal-pasal dapat ceramah percuma nanti.huhu.

Anyway, tanpa merapu meraban dengan lebih lanjut, harini entah mimpi apa, aku decided to join my friend's sister for senamrobot. Eh, pembetulan di situ, senamrobik. Senamrobot hanya bila aku yang buat.hahah. Memang sejarah hidup aku macam excited nak pergi. But honestly, it was fun! Maybe boleh join lagi next week? Hanya masa yang menjadi penentu segalanya...

Balik dari senamrobik, aktiviti yang ditunggu-tunggu. Sesi bermodel gedik tak hingat dunia. Lokasi tajaan: Tasik Timah Tasoh. Masa ni memang syiokkk. Dress up gedik ayu melampau tahap gaban kuasa 10. Gambar menyusul kemudian.

Balik rumah dah nak maghrib. Pukul 8 malam, keluar semula pergi teman member ke Hospital Jitra. Balik rumah, bersihkan diri, terus terbungkang gaya kuak lentang atas katil terlebih empuk. Mata memang dah berat macam dukung budak 6 tahun.


Selamat malam..Penyediaan diri perlu dari segi mental dan fizikal untuk program paksa, bukan rela esok hari. Mental, bersedialah anda!



post signature

No comments: