Wednesday, January 2, 2013

Kebebasan Hidup Praktikal

Assalamualaikum

Ok, nampak sangat dah malas nak update blog.  Dekat 4 bulan kau, aku tinggal belog ni tapi selalu makan cool blog.hahah.  Aku takda la sibuk sangat sampai takda masa nak online.  Tapi aku tak cukup masa nak online mengadap blog yang dah bersawang macam hape dah.

Hujan macam ni memang sedap berdua-duaan dengan katil dan bantal.hahaha...Dengan termeterainya perjanjian kebebasan dari kehadiran latihan industri, dengan ini, diumumkan bahawa mood malas telah diaktifkan ke tahap gaban kuasa tiga.  Segala perilaku selepas ini boleh dianggap diluar kawalan.

Okay, harini hari terakhir aku hidup sebagai pelajar praktikal.  Yang paling best, hari-hari terakhir ni la banyak kerja sampai aku balik lewat sejam.  Memang seorang pelatih yang berdedikasi kau Jah!  Pukul enam bila makhluk lain mula bangun, aku baru nak balik masa tu.


Dah, tak payah nak merapu merepek bagai.  Alhamdulillah, segalanya berakhir harini.  Lepas ni apa aku buat? Encik Abah tolong jawab "lepas ni tunggu rombongan meminang". Tuuuudiiiaaaa!  Green light atau amaran? Segala penjelasan haruslah diminta dari Encik Abah.  Kalau tanya aku, memang lain la yang aku fikir.hewhewhew...


Bila aku baca balik, macam tunggang-langgang je ayat aku...Mungkin sebab otak yang tak berapa nak stabil masa ni.


"HOIH! dah dah la tu melagha nyer...Pi siapkan report LI la!."
"Okbai".


post signature

No comments: