Saturday, September 29, 2012

Left Alone

Assalamualaikum
Sedar tak sedar, dah tiga minggu aku menjalani hidup sebagai pelatih dekat MPK. Alhamdulillah kerja makin mencabar. Tapi kadang-kadang ada juga masa yang memang takda kerja kecuali memberatkan mata supaya mengantuk -____- Ouh, tak lupa juga, kat pejabat tu selalu buat makan-makan makanya, itu adalah perkara yang syokkkk bangat. Lepas jamuan raya, boleh kata dah tiga kali jumaat ada makan. Hari rabu lepas makan KFC. Semalam punya la banyak lauk akak-akak ni bawa. Paling best, ikan patin masak tempoyak, sayur campur dan ikan masin. Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni masuk bahagian kira-kira atau bahagian pesta makan?

Dan sedar tak sedar, aku dah...




Dah hampir seminggu aku ditinggalkan dan menjadi wanita berkerjaya berkerja dan mempunyai anak sorang. Okay, boleh datang rumah lempang aku sebab jadi drama queen.

Untuk pengetahuan, aku bukan ditinggalkan suami lalu menjadi janda hot anak satu dan harus berkerja untuk menyara hidup demi mencari sesuap nasi untuk anak. Buat sementara waktu, aku hanya mengambil alih tugas seorang ibu yang berkerja macam ni.

Tak faham lagi?

Okay, gua sekarang jaga adik gua sementara Puan Emak dan Encik Abah gua pergi menunaikan ibadah haji Isnin lepas. Alhamdulillah sampai seruan dan rezeki untuk Puan Emak dan Encik Abah melawat rumah Allah..Jadi, aku sekarang hanya menjalankan tugas sebagai seorang anak dan kakak mithali untuk menjaga apa yang telah diamanahkan oleh my parents.

Sejujurnya aku sangat sedih dan risau. Bukan sebab my parents but I'm worried if I couldn't do what my parents asked me to do. I'm not sure if I can handle EVERYTHING on my own. Now I know how hard it is to manage the house, to cook and to take care of children (in my case, my younger brother) at the same time. It will be harder if you are a working woman like my mommy. That's why for me, the most special and powerful person on earth is not super hero or somebody else, but my mommy and daddy.

Alhamdulillah, aku boleh la juga buat apa yang diamanahkan. Yang penting, time management. Patut la selama ni Puan Emak selalu bising kalau aku bermaharajalela kat rumah..huhu.
Dengan kuasa bulannnn...Aku menghukum mu! (Nah, padan muka kau! Rasakan sekarang) T___T tsk..tsk..tsk


Moga Puan Emak dan Encik Abah dipermudahkan segala urusan dan ibadah sepanjang berada disana. Moga Puan Emak dan Encik Abah sentiasa dipelihara oleh Allah walau di mana juga mereka berada. Moga Puan Emak dan Encik Abah selamat pergi dan selamat pulang.



Nota hari ini: Belajar jadi suri rumah dan tajamkan skil memasak supaya cepat bertemu jodoh.hahahhah ^__^

post signature

No comments: