Wednesday, February 1, 2012

Macarons atau buah carom?

Assalamualaikum


Sejak mak aku 'introduce' benda ni pada aku, aku selalu teringin nak rasa walau segigit. Tapi kalau ada yang sudi memberi, satu kotak pun bolehhh.hahaha. Aku nak beli sendiri,memang tunggu kuda bertanduk laa sebab macam mahal. Eh, bukan kuda bertanduk aka unicorn macam wujud ke?? Abaikan.

Lepas godek sana, godek sini, aku pun cuba la tengok mana yang agak-agak senang. Mula-mula usha jugak kakak angkat aku punya blog si MARilaTHA SiTi EWAhRT atau nama glamour dia Martha Stewart.hehe. Tapi aku ended up guna resepi lain. Katanya dari chef Perancis sendiri so, ok la kot. Apa-apa pun, cheq bagitau resepi dulu naa.


Bahan-bahan:
140 gram putih telur (saya guna telur gred B je, dalam 4 biji)
180 gram gula kastor
160 gram gula icing (diayak)
160 gram almond kisar (diayak)


Cara-cara:
1. Pastikan putih telur dibiarkan sementara pada suhu bilik. Jangan guna telur yang segar dari peti sejuk pula..

2. Masukkan putih telur dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan sederhana. Kemudian lepas seminit dua, tingkatkan kelajuan tahap tinggi. Pukul sehingga putih telur jadi putih gebu dan tak cair. Masukkan setengah dari gula kastor dan pukul dengan tahap tinggi sehingga telur jadi putih, bersinar dan kata mak aku, sehingga bertanduk lebih kurang dalam 7-8 minit. Maksud bertanduk, bila adunan tu diangkat, dia tak jatuh. Kemudian masukkan lagi separuh gula kastor dan pukul lagi sehingga gula sebati dan hancur lebih kurang lagi 2 minit.

3. Dalam mangkuk yang lain, campur dan sebatikan gula icing dan badam kisar. Kalau nak macarons yang berwarna, campurkan pewarna dalam campuran badam kisar ni, BUKAN dalam adunan telur tadi. Titikkan je pewarna, tak perlu kacau.

4. Masukkan campuran no.3 dalam adunan telur. Habis guna mesin, masa untuk senaman tangan. Menggunakan spatula, kacau perlahan dengan kaedah kaup balik. Mulakan dengan kaup perlahan-lahan. Lepas tu baru boleh tingkatkan speed tangan lepas campuran makin sebati. Berhenti bila adunan mudah jatuh dari spatula.

5. Alas dulang pembakar dengan kertas minyak (parchment paper). Isikan adunan dalam piping beg. Picitkan atas dulang yang telah dialas tu. Terpulang nak buat besar mana sebab ada yang suka kecil, ada yang suka besar-besar. Yang penting, kalau boleh setiap saiz sama. Nak buat bentuk selain bulat pun bolehhh. Yang disarankan, picit lebih kurang saiz syiling 20sen atau sebesar penutup botol minuman, BUKAN botol susu.

6. Ketuk sikit-sikit bawah dulang untuk keluarkan angin dari adunan. Hati-hati, jangan sampai terbalik dulang.huhuhu... Pastikan permukaan macaron tu rata. Tips: celup jari dalam air dan ratakan permukaan. Tunggu sehingga macarons kering sikit. Tips: sentuh permukaan macaron dengan jari. Kalau tak melekat, maksudnya dah sedia untuk dibakar. Dulang pertama, kena tunggu sejam lebih baru adunan tak melekat kat tangan *nangis*. Dulang lepas tu baru la lebih kurang setengah jam.

7. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius dalam 5 minit sebelum mula bakar. Bila oven dah panas, baru masukkan dulang dan bakar antara 10-13 minit. Apa-apa pun, terpulang pada saiz macaron anda. Kalau kecil molek, 5-8 minit dah masak. Nak tahu dah ok ke tak, buka oven dan sentuh permukaan. Kalau dah keras, elok la dikeluarkan sebelum hangit..huhu

8. Lepas dah sejuk, boleh la diletak apa-apa filling yang berkenan di perut..Untuk tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk..



Ni la jadi bila pukul telur sampai bertanduk..


Proses kaup balik


Bila warna makin sebati


kerja keras Puan Emak nak buat bentuk tapi anaknya tak ikut pun..hahaha


Proses memicit atas dulang


Proses meratakan permukaan lepas celup jari dalam air



Ni la hasil yang tak seberapa dari BUKAN chef hebat...Nama pun nak tayang, mestila tayang yang elok je..hehe..Yang tak elok tu, simpan buat makan..nyummm~~~










Credits: Thanks to INRATABLE. Untuk lebih faham caranya, sila klik "Inratable" tu ye..Thanks to Puan Emak sebab jadi photographer, supervisor dan assistant tolong buat bentuk duit syiling dan tolong ajar cara nak picit piping bag walaupun anakmu masih degil nak buat cara sendiri.heheheh

Saya budak baru belajar. Kalau salah, tolong ajarkan. Ni percubaan pertama, kurang memuaskan. Dalam erti kata lain, tak lulus T_T. Tak perlu cakap, saya mengaku awal-awal...hahaha. Bakal mertua pun reject jadi menantu macam ni. Takpe, usaha tangga kejayaan. Nama pun 'first timer'. Ye dop?? So, pendapat anda, ni macarons atau buah carom??

Ada macarons yang 'berjerawat' sikit..mungkin sebab muka tengah penuh jerawat time ni..adeehhhhh =.="

post signature

34 comments:

Sis-Lin said...

Ya Allah dik nun oiii...pandainyaaaa dia buat...malunya weiiiiii *nyorok bwh meja..huhu

Issshh3x..lepas ni cer srh mama tu plak buat hahahaaa

tahniah dik, bakal chef hebat gak nie...

Sari Yusa Ibrahim said...

hasil yg baik di percubaan pertama.. haiii.. manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. kirim salam mak ya.. hehe.

Yatie said...

mak mertua dtng ni..lulus sangat2...c.aty pun tak berani nak buat macaroon ni...cayalah Najwa....sape maknya kan...he3..tahniah utk Najwa juga buat Kak Ummi...

Izan Ishak said...

wowww.... ternganga kak izan tgk macaron ni! first time tapi cam dah expert je....

jemput singgah blog kak izan ye...

::Azura Rahman:: said...

cantik sgt dh tu dik.. buah carom nipis.. x comel.. macaron adik ni tersgt la comel.. dh leh wat jual nie.. nk order boleh?.. hehehehe..

CT Delima said...

As'salam Najwa

Tahniah! cantik dah Macaroons tu, cakap kat mak Ummi dah boleh buat biz lepas ni... hihi suka kaler biru Macaroons lembut jer :)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Pretty macarons over there! Wow you made it..I never tried even once...malas la tu. Heheh..
Good job Ms Vamp! And to Mother Vamp...(juz kiddin' kak Ummi) lol ;)

Btw, I'm Love2cook...hi Najwa :)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Pretty macarons over there! Wow you made it..I never tried even once...malas la tu. Heheh..
Good job Ms Vamp! And to Mother Vamp...(juz kiddin' kak Ummi) lol ;)

Btw, I'm Love2cook...hi Najwa :)

'idun sa'idun said...

waaahhh..pandai kak ngah wat macs ni.. akak ni tau mkn je..hehehe.. two thumbs up for u! untung ada emak kak ummi yg bole supervise masa wat experimen kat dapur kan.. :)

Mat Gebu said...

Anak dara sapa nihh..pandainyaaa...

Miss Vamp said...

Sis-Lin--> Takde la pndai sangat..mak byk tolong..=)

Sari Yusa Ibrahim--> alhamdulillah cubaan pertama ada la jugak yg elok yang boleh ditayang..hehe

Yatie--> c.aty cuba la buat, nnt bleh sy jenguk. ntah2 lagi hebat dari sy..

Izan Ishak--> terima kasih kak..sy skdar mencuba..hehe

Azura Rahman--> time kasih kak..nk order boleh, tp tggu sy dh pro buat laa..hehe

CT Delima--> Wa'salam..klu dah pro boleh laa nk buat biz, ni xpandai lg..huhu

Love2Cook M'sia--> Hi..thanks for the comment.emm it took time but it worth it ^_^.

'idun sa'idun--> sy pun cuba2 je kak. nak beli lagi la malas, mahal sangat..tu yg last2 buat sendri je..Mak sy dh pro kat dpur, tu yg snang nk mnx tolong dr mak..hehe

Mat Gebu--> hehe..nanti sy nk g umah pakcik Mat nk mrasa air tangan pakcik mat. kalau ada macarons jgak, lg best..heheh

Ummi said...

Kakngah, adeeeii ada yg nak buat menantu, ada yg mengidam, mcmana ni? Nak kena buat lagi ke...pasni wat kaler2 lak....btw, dapatlah mak merasa macs ni, selalu jeling jek, x kuassa nak beli...mahaaiii gilosss! Tqqq kngah, proud of your big effort...muaahh!

Gee® said...

Wadduh!! terer lah...untie pernah buat sekali tp jd cam alien... lepas tu tobat nk buat lagi... tapi kan... bila tgk buah carom yg comel ni macam terlior semula la pulak....

NaEl said...

rajin-rajin lah buat ea? hehehehe :D

HomeKreation said...

Wah, impressive nya anak dara Ummi ni... well done!

cik cek said...

Salam Najwa....
Utk 1st time buat ...kira ok dah ni....lenkali cuba buat lagi...cuba lak guna swiss meringue method...apa2 pun tahniah kerana berjaya mencabar diri sendiri...cik cek pun buat mac ni berpuluh kali baru betul menjadi...
Salam kenal dari cik cek..:)

Diana @ Melley Mey said...

cantik sangat dah tu kejadian macarons tu cayaang.. aunty x perna lg buat pun... x berani nak mencuba lg... tahniah dr aunty.. nie ada lg x nie? nak ckit.. hehehehe

Miss Vamp said...

Mak--> insyaAllah nnt leh buat lg...bahan pun snang, yg leceh time nk picit ngan nk tunggu jelaa.pasni buat byk xda filling plak, spesel tuk mak tsyg..hehe

Gee--> xpe aunty, try la lg..sy buat pun ada yg tlebih bakar..haha.slalu buat msti ok nnt..

NaEl--> rjin2 la dri tu tuk join skali ek?hahaha

HomeKreation--> Time kasihhh =)

Cik Cek--> wa'salam..insyaAllah nnt sy cuba yg lain plak..^_^

Diana--> time kasih aunty..ade lg..klu nk mrase, jemput la dtg umah sblm hbis..hehe

Rima said...

Clap clap clap.. well done dear! aunty also like ur mama.. v proud of u :o)

Miss Vamp said...

Rima--> time kasih aunty =D

mogobja said...

i hate u laaa! hahahaha. dah la my fav pastu awk buat cam rilex je kan. haha. taniah2. lawa kot :p

Miss Vamp said...

mogobja--> haha..mne la tau ur fav..anyway, thanks...sdap wooo~~ *sje bg jeles*

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tumpang bangga dgn kejayaan najwa buat macarons ni... acik sendiri pun belum berani nak cabar diri sendiri dgn benda ni... insyaAllah.. one day nak try juga.. teruja tgk hasil yg najwa buat.. cute sgt.. hehe..

Miss Vamp said...

Madihaa--> sy saje je cuba..nk beli tak tau bile..hehe.mak pun suh buat, tu yg isi masa lapang tu.hehe

Anonymous said...

orang nak salin resepi. pun tak boleh ke? no copy2. huhuhu.
nak try buat ;(

Miss Vamp said...

haha..highlight yg mne nk, then CTRL+C laaa

핑크색의 여인 said...

wahhhh...sodapppnye!!! nak nak nak...*malas nak buat*

Miss Vamp said...

핑크색의 여인 - nnt klu aku buat, aku bg kt ko ea..hehe

핑크색의 여인 said...

yey! nak kaler pink punye...:) *demand kan*

azleen said...

kongsi yerk...

Fayyazmii said...

wahhhh ! pandainya buat. fayy buat x jadi :(

Miss Vamp said...

핑크색의 여인--> insyaAllah..=)

Azleen--> Silakan ^_^

Fayyazmii--> Saje cuba-cuba. klu tak jadi, buat la lg.baru puas hati bila jadi nnt.=) Saya pun cadang nak try lagi nnt.

Engku Sharamiyah said...

nak try wat laa...izin copy resipe yer,thanks dear

Miss Vamp said...

Engku Sharamiyah-->Silakan =)