Kepala still "weng" disebabkan tidur yang mengalahkan orang pergi kem kepimpinan. Apa kaitan kem tu dengan tidur? Entah, aku main petik jer..bhahaha.. Motif asal cuma nak beritahu yang aku tak cukup tidur.
Raya macam mana? "Tak payah nak tanya la MizVamp oii. Lambat benor.." Ok, fine. Cerita raya kemudian.
Kelmarin, pukul 11.30 pagi aku dah keluar rumah sampai 6.30 petang. Aktiviti:
1. Keluar dengan my best friends, Juli, Yaya & Dina. Main bowling, tapi aku tak. Aku jadi tukang sorak dan tukang komen je. Sebabnya aku tak reti main dan TAK PERNAH main.huhu
2. Lunch dekat McD. Izzad & Sharaffudin join kemudian jadi pelawak. Fuhh, kecoh meja kitaorang disebabkan 2 orang 'gila' ni. Oh, tak lupa pada Chubby si sugar glidder yang joined skali..hehe
3. Teman Cik Best Friend (Cik BF) cari buku. Puas melilau dari Popular -> MBS -> MBS di ECM. Malangnya buku yang dicari tak dijumpai..Pandai kau menyorok ye buku. DEM!
4. Lepak rumah Cik BF - main dengan Wafiy si bayi comel.
Tengah malam pulak aku berwayang dalam bilik dengan adik aku. Cerita: P.s I Love U. Tu pun sempat tengok separuh je sebab tahap mengantuk yang dah tak tahan.
Semalam, awal pagi aku dah keluar teman Cik BF. Mula-mula pergi ambil tandatangan ketua rakyat. Perghh, dengan aku skali kena pakai formal. *sighed* Then, off to Yayasan Pahang to submit the documents. Lepas pada tu aku men-drift ke Malay Town. Makcik nak roti kedai tu je. Tak nak roti yang kedai lain.huhu.. Sambil tu kitaorang lepak makan pagi dekat Restoran Taj. Macam orang kerja pulak rasanya - makan pagi dengan baju kurung. Masa tu la sesi meluahkan perasaan, meluahkan pendapat, meluahkan cerita, meluahkan makanan....Eh!! Silap. Makanan tak luah, yang tu je kitaorang telan perabih. Yang lain semua luah sambil cuci mata..hehe
Lepas mengisi perut, kereta dipandu menuju pasar untuk membeli santan yang Makcik nak. Cehh, ayat taknak kalah dengan novel..Lantak kau laa..haha. Tapi, santan jela.huhu. Ok la tu. Kalau tak dah lame aku tak pergi pasar dekat bandar tu. Next destination, kedai buku Hamid Bros. Akhirnya, lepas main hide-and-seek dengan buku, semalam baru jumpa. Gembira semacam je kau ye, Cik BF. =p Kebetulan dekat situ ada kedai tudung, cik BF nak cari tudung mengalahkan nak cari baju. Cerewet jugak kau ye..hoho. Final destination, Giant. Cik BF nak borong barang yang dah di-list-kan. Banyak jugak. Tak pernah aku teman Cik BF menyoping sampai macam tu.
Petang semalam pula, teman member aku pergi cari hadiah untuk cikgu yang akan datang Reunion Ex-SKC batch 1990. Keluar lagiii... =.=" Balik rumah dah pukul 6 lebih. 8.30 malam jugak baru gerak pergi reunion di Season View Hotel. Dinner sangat AWESOME!!!! Lama gila tak jumpa kawan-kawan. Gila pun tak lama macam tu.hahaha. Sampai rumah almost midnight. Penat yang terlampau badan ni.
Minggu-minggu terakhir ni la macam-macam jadi. Macam-macam aku buat. Harini Jumaat, esok??? Ok, bye. Nak menangis dalam hati.
Nota hari ini: Cerita raya kemudian. Gambar raya kemudian.Gambar reunion kemudian.
Friday, September 9, 2011
2 Hari yang Sibuk
Labels:
my stories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment