Sunday, September 5, 2010

Bawa 8 jam

Sekarang barulah aku ade mase untuk update blog. I was a bit tired sampai malas giler nak menaip. I just arrived home at 2AM yesterday. Akhirnya, aku tinggalkan juga bumi Perth-lis lebih kurang jam 9 pagi semalam. My dad took a bus from Kuantan to Arau sebab my parents tak bagi aku drive alone. Not alone actually. My friends, Atiq and Yati tumpang sekali since I'm going to KL first.

So, my dad arrived at 8AM. I picked up my dad and my friends then terus gerak balik. Owh, rasa sangat bahagia tak terkata masa tu sebab dah nak balik raya.hehehe.. Untuk pengetahuan korang, aku drive dari sana ke KL. Pukul 6.30 pagi lagi aku dah bangun. 1st, sebab aku ingat my dad sampai awal. 2nd, sebab aku excited nak balik rumah and third, I'm quite excited to drive.hehehe.

OK. Mula-mula kami agak confused nak lalu jalan mana. So, we decided amik jalan menghala ke highway Bukit Kayu Hitam. Mula-mula agak confident sebab just follow the signboards. Then, tiba-tiba signboard yang tulis Kuala Lumpur hilang. Watda la kan??! Nasib baik my dad tegur, kalau tak, ntah sampai mane dah mase tu. Entah-entah lepas ke Tai-len.huhuu. Biasa lar, Tai-len kan jiran sebelah jer.. (Nanti aku kemukakan cadangan baik pulih papan tanda)

Hurmm agak senang jalan dia, straight jer. Aku drive sampai la RnR Tapah, then we stopped for a while. Ikut rasa hati nak direct je drive non-stop tapi tak nak la. Aku rest sekejap sementara my dad pergi toilet. At that time, aku ingat nak pergi makan, tapi bulan puasa. Memang tak best la stop RnR sebab tak dapat makan. Even though aku tak puase masa tu.hehe. My dad keep asking whether I'm tired or not because if I do, he will take over. Tak dinafikan agak mengantuk tapi excited punya pasal, rasa mengantuk tu tak ada la kuat sangat. More kepada boring sebab tak boleh nak pecut.

Lastly, kitaorang lepas area tol Rawang dalam pukul 2.30 petang. Biasanya my dad amik exit Rawang tapi, nak hantar Yati, kitaorang straight ke RnR jejantas di Sungai Buloh. Tunggu kakak Yati sekejap then gerak hantar Atiq pulak dekat Danau Kota. Dalam pukul 4 petang baru lah aku sampai rumah Mak Ndak aku. Yang TAK best masa on the way ke KL, boleh pulak benda dekat cermin kereta tu tercabut! Mula-mula cikit jer. Then berhenti dekat tepi jalan jap and repair. Maybe aku bawa laju sangat sampai 140, benda tu terus tercabut disebabkan impak angin yang agak kuat. Terjadilah adegan benda terpelanting.

Nak mencarut jugak aku masa tu tapi memandangkan dalam bulan mulia dan Yang Berhormat di sebelah, aku diam jela. Aku ingat nak stop amik benda tu tapi Yang Berhormat cakap terus je. Bila fikir semula, memang tak patut la aku amik time tengah-tengah highway tu kan? Nanti, lain pulak jadi. Nasib baik juga tak ada kereta dekat belakang mase benda tu terpelanting. Kalau tak, memang haru-biru la. Timbul pula masalah lain.huhu..

Ok, sambung cerita. Sampai rumah Mak Ndak, baru la mata aku ni tanpa disuruh-suruh dah memberat. Mana tak nyer, lebih kurang 8jam aku drive. Petang tu aku dapat tidur sekejap je sebab Yang Berhormat kejut aku ajak pergi beli kuih sikit untuk berbuka. Mula-mula malas jugak tapi disebabkan dah janji sebelum lena, aku pun gagahkan diri jugak la..huhu.. Malam pula lepas berbuka, aku pergi amik adik aku pula dekat Shah Alam. Jalan sikit punya jem masa tu. Jem strawberry pun kalah.hah! hah!

Then singgah Gombak sekejap. Yang Berhormat ajak balik hometown malam tu jugak so, dalam pukul 11.30malam, kiteorang pon gerak balik. Aku berebut nak drive tapi Yang Berhormat tak bagi drive dengan alasan dah malam. Aku nak drive sebab nak biasakan lalu jalan situ..Tapi.....Ermm....Takpe la. lain kali jer. Ok, sampai RnR Gambang, berhenti refill minyak kereta, dari situ, aku pulak drive selepas Yang Berhormat bagi kebenaran. Pendekkan cerita, 2pagi sampai rumah.

Bersihkan diri then tidur. Memang tak sedar apa dah masa tidur. 11 pagi pula keluar pergi cari tudung untuk baju raya. Keluar dengan Yang Berbahagia(my mom), Yang Berhormat and my sis. Fuhhh! penat berjalan. Sakit kepala. Ok, end of story, nak tidur dah. Mata dah berat 2KG. Ok.tipu jer!

No comments: