Wednesday, September 8, 2010

Aku Suka Tidur

Mostly, people like to sleep. Betol tak? Jangan tipu lar...Tidur kan bagus untuk kesihatan..Lagi pun, ia adalah salah satu ibadah. Betol laa..!! Cuma, tidur yang betul la jadi satu ibadah. Kalau tidur melampau sampai lupa ibadat yang wajib, contohnya tidur sampai solat pun tinggal, maka tidur tidak lagi menjadi ibadah. Cewah! hehe *wink* Walaupun kita tidur, sebenarnya badan kita tak tidur, 'diaorgan' still bekerja cuma dalam kadar atau tenaga yang diperlukan untuk bekerja tu sikit jer. Masa kita tidur la badan kita dapat berehat. Yela, seharian ke hulu ke hilir, mana tak penat??Lagi penat bila malam berjaga, tengok tv ke, mengadap laptop ke dan yang sewaktu dengannya.. Tak kesian kat cik/encik/tuan/puan badan ke??

Tidur juga ada kaitan dengan kecantikan. Bagi yang tak cukup tidur,mula la mata lebam macam panda, otak pun tak betol, pening-pening bila tak cukup tidur. Kadang-kadang benda salah kecil pun nak marah-marah disebabkan tak cukup tidur. Stress dibuatnya. Tapi.......terlebih tidur pun tak boleh jugak. Bila terlebih tidur, mata jadi sembap, badan pun jadi lemah, otak pula lembap. Tak tahu la. Tapi Yang Berbahagia(my mom) selalu cakap macam tu.

Yang aku tahu, masa tidur yang betol adalah awal malam, lebih kurang bermula pukul 10PM hingga waktu subuh. Waktu tidur yang tak elok pula ialah selepas Asar hingga sebelum Isyak. Yang Berbahagia cakap, tidur lepas Asar nanti bengap otak. Tak pun, cepat gila. Waallahualam... Take note ye anak-anak...

Dulu masa aku mula-mula masuk menara gading (bahasa aras tinggi untuk universiti.hehe), budak-budak junior ni kena buat PSU-Program Salam Ukhwah, kalau tak silap aku namanya. Aku skali kena la. Time tu kena buat macam buku skrap, letak biadota akak-akak senior. Aku kalau bab buku skrap ni memang lemah. Malas giler kot! So, mostly bila aku tanya hobi diaorang, jawapan yang aku dapat, hobinya ialah tidur atau pun basuh kain. Pelik kan?? Tapi, bila aku dah belajar lama, baru aku tau kenapa hobi akak-akak ni tidur atau basuh kain. Sebab, dekat asrama, bila time lapang memang tak ada benda lain nak buat. Dua benda tu la. Kalau tak, bila masa lagi? Dah banyak assignments, test, kuiz, bila nak tidur?? Tak basuh kain, alamatnya, penuh la bakul kain kotor..

Kenapa aku story pasal tidur ek?? Yang atas tu mukadimah jer..hehe. Sebenarnya, motif asal nak cakap aku suka tidur. Aku cukup pantang kalau tidur aku diganggu. Kalau hal penting tak pe jugak. Ada emergency apa-apa ke.. Ni tak. Can you imagine, someone wakes you up and ask,

"Weyh, laptop ko ada webcam tak?" or "Weyh, pinjam fon."

Ok, memang bagus la minta izin before you use someone else's things. Tapi kalau minta izin dengan kejutkan orang tu pukul 2/3 PAGI?? greenscarfemoticonSangat sopan dan sangat bijak la kan?! Memang "watda F". Weyh, agak-agak la der. Ada otak, fikir la. Kalau emergency, boleh terima dek akal la. Ni, tanya pasal webcam or phone just because nak melayan someone that is NOT your boyfriend. Kalau orang tu bf ko, aku boleh la terima even bile fikir semula, "ape kaitan dengan aku?". One more thing, tolong la respect others. People are trying to rest! Lagipun memang itu waktu tidur yang sepatutnya.

karaemoticon"Kalau ko tak boleh tidur, jangan la ganggu orang lain nak tidur!"

Dah la tak cakap minta maaf. Even tak maksudkan, tapi cakap la. Kan lagi baik.. Susah ke??

Ada satu, aku tak ingat ayat Al-Quran atau Hadis, tapi lebih kurang macam ni la maksudnya : Kalau A kejutkan B tidur sehingga B rasa diganggu atau marah, maka berdosa A. Kecuali jika sebab-sebab tertentu seperti menegur solat.

Maaf kalau ada yang terasa. Aku cuma nak meluah perasaan.
Ok. Ngantuk sudaa

Yang teremo,
Miz Vamp

No comments: