Fuh! Fuh! Fuh! Dah berhabuk sangat ni...Lama nyer tak update.. Bukan tak online, tapi nak menaip tu tersangat la penat, malas, takda mood dan seumpama dengan nyer. Lagipun bukan ada orang baca pun kan?huhu...Saje aku gedik nak tulis.hehehe..Balik kerja dah uruskan 'anak angkat' tu. Then ada juga buat Lesson Plan. Badan dan otak sangat tak boleh terima kerja dah. Tapi, mengadap cari lagu boleh pula kan? *kantoiii*
Sekarang aku dalam mood layan lagu rock ala hentak kepala kat dinding. Bukan jiwa rock takda sebelum ni. Tapi tak pernah tercapai akal aku untuk layan rock Metallica dengan Creed..huahuahua..Ni gara-gara pengaruh novel la..
Anyway, bukan lagu rock nak aku tujukan, bukan sifat malas nak aku tunjukkan. Teacher ada cerita sikit ni.. Semalam aku tengah menggam kertas untuk dijadikan rumah. Tanpa hiraukan budak-budak yang bising macam tak nampak aku dalam kelas, aku pun terdengar perbualan yang buatkan kerja aku ter-stop sekejap.
Girl: Teacher buat ape tu?
Aku abaikan sebab mengantuk pagi-pagi, mood melayan kanak-kanak pun belum warm-up lagi.
Boy: Teacher tengah buat RUMAH TANGGA la.
Tersentak nyah!
Girl: Cantik kan rumah teacher..
Dengan keadaan menahan gelak dari dikata gila , aku pun tanya la soalan cepumas kat anak laki aku tu.
Aku: Rumah tangga tu ape?
Boy: Rumah yang tinggi la, teacher. *dengan muka selamba*
Amik kau! Nak sangat jawapan budak 4 tahun. Bukan tahap cepumas ni, tahap nak kena cepuk ada la..bhahahah! Pagi-pagi dah buat lawak Jepun putus urat ketawa. Dalam hati aku memang dah gelak guling-guling tak cukup tanah dah. Dengan gaya teacher baik hati lagi profesional tanpa melibatkan sebarang perasaan peribadi, aku pun balas "Balik rumah nanti tanya la mama papa, mak ayah semua, rumah tangga tu apa,ye?"
Pagi tadi pula, aku saja tanya lagi. Tapi ni jawapan dari anak yang lain. But still boy. "Rumah tangga tu apa?" Tanpa segan silu si kecil menjawab "Rumah Tok Aki". Rasa macam ada seratus tangan geletek aku..Sah! Tak tanya parents. Untuk pastikan aku tak salah dengar, aku ulang soalan. Tapi masih dapat jawapan yang sama. Rumah Tok Aki. Aku pun stop disitu. Tak mampu melanjutkan usul. Tanpa mahu memberi jawapan penerangan skema alam standard Kamus Dewan kepada kanak-kanak 4 tahun.
Soalan teacher buat masa ni:- Memang budak 4 tahun tak tahu atau budak kelas aku je tak tahu???
Nota: kalau la rumah tangga boleh buat sesenang menampal kertas rumah, alangkah bagusnya, boleh dipotong lain jika salah. Boleh di gam jika tertanggal. Boleh di ganti yang sama jika hilang.
Thursday, July 14, 2011
Rumah tangga
Labels:
funny,
my stories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
haha.kelakar
Hahahhaa...itu budak bijak namanya...at least dia ada jawapan..xdalah wat muka mengong jek kan k.ngah..hahaha...mmg dia terkenang atok dia kat kg la tuh..pasni kngah suh dia cakap kat mak abah dia, balik kampung jumpa tokki...hahahhaha
izzati: tau xpe
mak: tlbih bijak..jwpn dluar jgkaan..hehe..^_^
Post a Comment