Thursday, October 7, 2010

Mother's 44th Birthday

Dia pelihara ku 9 bulan. Sampai masa kewujudan ku, perkara pertama ku beri, kesakitan..Maafkan anakanda.. Dia tidak peduli, dia menjaga dan memberi. Segala keperluan disediakan. Dia mengajar ku ilmu kehidupan. Cikgu pertama yang mengajar, dari kecil hingga dewasa.. Kadang ku terlupa ihsan, dia terluka, terkesan. Maafkan anakanda... Kadang ku lupa bicara, dia tegur bahasa...Maafkan anakanda...

Kini ku cuba. Menjadi yang dihajati. Menjadi yang terbaik. Menjadi yang cantik budi bahasa. Menjadi yang rajin berusaha. Segala peringatan akan ku semat di dada. Segala pesanan akan cuba ku turuti.. Kerana kau lebih tahu segalanya. Pengorbanan mu, akan ku ingat sampai mati. Kasih sayang mu, akan ku pelihara selamanya. Diri mu, akan ku jaga sebaiknya...

Ya Allah... Kau peliharalah dia sepertimana dia memelihara diriku. Kau bahagiakan lah dia sepertimana dia cuba bahagiakan ku. Kau limpahilah rezekinya sepertimana dia memberi rezeki ku. Kau rahmatilah dirinya sepertimana dia menjaga hidupku. Kerana.........

Dia lah hadiah teragung,
Dia lah cinta terindah,
Dia lah kasih terulung,
Dia lah ibu solehah...

Dia lah permata hatiku,
Dia lah sinar hidupku,
Dia lah ratu hatiku,
Dia lah ibu kesayanganku...

Selamat Hari Lahir yang ke 44..

I Love U!!!


*p/s: dulu masa zaman sekolah, aku bersyukur sebab mak aku selalu bangun awal sediakan makan pagi. Bukan nak bangga atau mengata, tapi ada emak orang lain yang tak sediakan makan pagi...Sebab ada orang cakap, breakfast is important to start a new day. Oh ye, mak aku pun rajin memasak...Thank you MOM!..

6 comments:

Ummi said...

Kak Ngah...So sweet of you! Thanks for your lovely entry and I'm so touching..huhuuu..Mak hanya lakukan yang terbaik dan terdaya untuk anak2 emak...moga kasih sayang dan air tangan emak jadi igauan anak2 semua hingga akhir hayat...kan kan..hehee...Love you kids!

Mat Gebu said...

Wawawaaaaaa.....tumpang nangess...kak ummi, koo pesal sambail guling2 nangess..ya allahh!...haha

Miss Vamp said...

special k.ngah karang smpena befday mak.ni hal kecik jer nk dbndingkn ngn pngorbanan mak...time kasih mak, 4 everything... =)

Miss Vamp said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

mak sayapun sama suka masak n pagi2 lg da bgn utk masakkan b'fast 1 family... ;)

Miss Vamp said...

bagos betol mak kita kan...^^,