Friday, January 7, 2011

Makeup dan Solat

Makeup - bedak nak tebal. Tak masuk pakai krim muka asas lagi. Eye shadow, eye liner, macam-macam lagi la. Ok, perempuan memang sinonim dengan semua ni. Aku tau sebab aku sekaum.haha..Dan aku sangat lah faham dengan perasaan nak ber-makeup bila nak keluar pergi mana-mana. Walaupun aku sekaum, tapi aku tak sejenis. Bukan sejenis yang "lesbo" tu..Maksud aku, aku bukan la jenis tiap kali nak keluar aku makeup. Kadang-kadang jer sebab bila selalu, rasa macam membazir makeup je. Yela, kalau dari pagi pakai, tengah hari je dah nak kena cuci semula untuk solat Zohor, kecuali atas hari-hari tertentu, aku tak cuci makeup.hehehe.

Tapi, ada juga kes yang tak cuci makeup dan pakai sampai la ke petang. Lagi teruk, sampai ke malam. Bila dah macam tu, solat macam mana? Ok, fine. Kamu nak jaga solat, aku faham. Tapi, kenapa tak cuci dulu makeup tu cik adik?

Aku: Lain kali kalau nak solat, ko cuci la makeup tu dulu.
Si polan: Owh, kalau makeup kat mata je pun tak boleh ye?
Aku: Dah mata dekat muka, memang la tak boleh...(dalam hati)


Seperti yang kita tahu, berwuduk ni ada cara dan syarat. Syarat yang penting selain suci dari hadas, kena buang segala kekotoran( dalam kes ni, segala kecantikan) yang boleh menghalang air dari kena ke kulit. Betul tak, ustaz, ustazah? Betulkan saya kalau saya silap..Lepas tu, barulah boleh mula berwuduk.

Bagi adik, kakak, makcik, nenek, mak datin segala bagai, tolong la ye. Nak makeup, suka hati kamu semua la. Tapi, kalau nak solat, pandai-pandai la guna "makeup remover". Nak senang, macam aku, guna baby oil JnJ je..hehehe.

So, sekiranya air wuduk tidak sampai ke kulit, solat anda adalah tidak sah. Dalam bahasa lain, sia-sia je tunggang-tonggeng. Bagi aku, bukan la susah sangat nak cuci makeup. Atau, bagi korang, susah sebab nak kena makeup semula? Lagi parah bila tak solat dengan alasan nanti habis makeup "vogue" tu. Yela, setengah jam duk depan cermin nak tenyeh sana sini, kan? "Yang hang pi pakai makeup sapa suruh? Tunggu la kena tenyeh bila dah mati nanti."



Kalau solat pun tak jaga, macam mana nak mengubah diri menjadi lebih baik?

6 comments:

SyerAgh said...

setuju.. dan aku plg suka tgk budak pmpuan msa ujan.. hbis tnggal make up. haha

Miss Vamp said...

haah..spe yg pkai celak,knfem mata macam hantu..haha.unless makeup kalis air.

Ummi said...

K.Ngah....nice entry! Sesekali cuci minda pengunjung sini..hahaa..tp mcm nak khutbah kat seseorang jek..hahahaha

Miss Vamp said...

mak, erkk ade la ckit..tp mle2 jer.pstu wt jd utk tontonan umum.hehe

Anonymous said...

nicely said =)

Miss Vamp said...

Nzyrahun
sme r..klu kuar pn aku bese pkai bedak bby jhnson jer..haha