Tuesday, January 11, 2011

Ragam Bercinta

Bila bercinta, macam-macam ragam ada. Masa tu segala benda nak kongsi. "Barang i, barang u jugak." Ada juga yang "Duit i, duit u jugak." Memang la tak salah. Dalam Islam pun galakkan kita tolong bangsa kita terutama yang seagama. Tapi kalau sampai perhabis duit PTPTN atau duit belanja yang mak bapak bagi untuk pasangan - beli hadiah, tengok wayang, support makan minum pakai - bukan ke bengong tak patut namanya? Ada juga yang macam dah kawin gayanya. Kadang-kadang tu nampak sweet la juga. Tapi kalau dah selalu, melampau dan menyampah jadinya.

Cuba fikir, ada bagi mak ayah duit? Ada belanja mak ayah? Ada bagi hadiah pada mak ayah? Nak support makan minum lagi la jauh sekali. Lagi minta duit ada la. Alasan, "belum kerja lagi laa." Padahal, belanja awek/pakwe boleh pula. Fikir-fikirkan....

Ni antara ragam orang yang bercinta tapi melampau tahap dewa. Aku senaraikan yang paling top bagi aku(berdasarkan pemerhatian dan pengalaman):

1. Tukar handphone - sweet la konon
2. Bagi duit tiap-tiap bulan - macam dah laki bini
3. Bagi kereta pada pakwe yang hanya ada motor - ni lagi melampau tahap cipan
4. Berkepit memanjang sampai lupa kawan - tahap ni dah diharuskan nikah.
5. Bagi pasangan pegang kad ATM - ni sengal namanya =.="



Perlu ke semua ni? Kalau dah rasa sedia nak kongsi semua, apa kata kalau korang kahwin je? Kurang dosa..huhu. Ada yang cakap, nak praktis awal-awal. Palehot korang! Paktis kan dengan mak ayah kan lagi baik. Lagi untung. Ada 2 sebab aku cakap macam ni:

1. Korang pasti ke pasangan korang tu la yang akan korang kawin nanti? Tak ke membazir kalau bukan. Lagi membazir bagi yang berpasangan banyak kali atau sekali gus (main kayu sepuluh). Mungkin ia satu investment bagi korang. Tapi kalau investment, mesti korang nak something in return kan? Pulang modal la katakan...Apa dia "something" tu? Haaa...tu yang menjadi tanda tanya. Baik atau tidak "something" itu, terserah pada korang laa...Dosa sendiri tanggung. Aku cakap jer..huhu

2. Bila korang dari awal dah kongsi-kongsi ni, bagi aku, bila dah kahwin nanti tak ada kemanisan. Tak ada keistimewaan. Yelaa..semua dah pernah buat. Tak ada "Ni first time ayang beli tie untuk orang laki tau.." atau "Ni first time abang beli bunga untuk perempuan tau, ayang." Kalau pasangan SAH korang cakap macam tu la, mula-mula memang korang akan bengang sebab dia tak pandai. Tapi cuba fikir semula. Itu bermakna dia cuba buat sesuatu yang tak pernah dibuat semata-mata untuk korang. Tak bangga ke bila jadi yang pertama merasa?



Bagi yang dah kongsi segala bagai, berhenti lah. Atau simpan beberapa perkara yang boleh buat jadi "Ni first time saya beli.....". Tak rugi apa-apa kalau korang berhenti dan save untuk selepas perhubungan tu halal..MSN Onion Icon


Peace,
MizVamp

5 comments:

Bijen M. said...

Duit pun mak bapak yang bagi, ada hati nak tanggung anak orang.
Tak pun, zakat sendiri pun bapak yang bayar, ada hati nak take care anak orang.

Ummi said...

Yeeaahhh...peeeeeeaaaaccceee no war! Betuii, betuii, betuuii...baguslah kalau anak2 mak ada kesedaran camtu kan..kan...muaaahhhh! Keep it up!

Miss Vamp said...

Bijen, haha.tau takpe.x t'igt nk msuk kn psal tu.hehe

Mak, hehe..tq mak....muah!!

Gadis Imaginasi said...

i LIKE 88kali babe!! ;D

Miss Vamp said...

GI: 88kx je ker?? mcm xcukup jer..haha