Tuesday, May 31, 2011

2nd Day at Work

Minggu ni aku akan buat entry apa yang jadi sepanjang minggu pertama aku kerja. You'll be sick of it.haha..Ok, no more introduction.

Pagi:
Tunggu budak-budak datang. Bila dah makin ramai, macam biasa - tolong budak-budak buat latihan. Hari ini aktiviti pagi lain sikit. Lebih kurang pukul 9 pagi, kitaorang bagi budak-budak ni main dekat luar. Ada macam playground sikit. Ala, yang gelongsor kecil lekat dekat benda macam rumah tu..Boleh bayang tak? Untuk gambaran lebih jelas, cuba korang usha taska dekat area rumah korang..

Selain main gelongsor, ada yang main bola sepak, ada yang main kejar-kejar, ada yang main musang dengan ayam (permainan dulu kala yang paling aku tak suka..huhu). Aku tengok group main bola ada tiga - group paling ganas yang ada Adam dengan Haziq sebagai kepala, group kedua ganas yang diketuai budak yang aku tak ingat nama(huhu) dan group ketiga yang cuma ada Arif dengan Armand(kalau tak silap aku).


Lepas puas main, rehat-rehat dan minum pagi. Lepas tu kitaorang sambung aktiviti semalam - buat tempat letak pensel. Hari ini, main dengan gam, kertas kecik-kecik dengan marker untuk hias. Part ni yang aku suka.hehe Monkey Icons




These were my today's kids - Afdal (yang aku tengah tolong masa dalam gambar ni), Wawa yang banyak cakap, Pija yang suka senyum bila ditegur, Haziq the Chinese look, Adam the naughty but handsome, Hadi yang tak makan saman tapi pemalu, Azril dan Adawiyah yang paling mendengar kata aku masa tu.
*Sorry atas ke-blur-an gambar*


Haaa. Ni la hasilnya!!! Tempat letak alat tulis.


Then, makan tengah hari lepas semua dah siap menghias. Ok, aktiviti petang lebih kurang macam semalam. Bezanya cuma - Giliran aku mandikan girls (memang lawak, pelik dan kekok sebab aku tak pernah marah anak orang. So, terpaksa buat-buat marah untuk suruh budak-budak ni cepat), masa mengaji dengan budak-budak lebih senang, masa tidur budak-budak lebih sekejap Monkey Winks dan lepas bangun tidur, budak-budak ni tengok CD kartun burung Rio sementara tunggu parents masing-masing.


post signature

No comments: