Wednesday, June 1, 2011

Kerja di Hari Ketiga

girl emoticonPenatnya harini. Mana tak nya, dalam sehari aku tidur lebih kurang 4jam jer. Mengalahkan waktu final exam. Waktu final exam pun aku tidur lebih 5 jam sehari..haahaa. Balik kerja tadi, aku pun landing la atas sofa. Ntah macam mana aku boleh terlelap dekat 15 minit la jugak. Lepas maghrib aku tidur pulak dalam sejam. Bila dah tidur tadi, tak tahu la pulak malam ni pukul berapa baru aku tidur. Anyway, abaikan semua tu..


Pagi:
Macam biasa. Lepas baca buku Bacalah Anakku, buat latihan dan makan pagi, baru mula aktiviti lain. Mari mewarna!!! Budak-budak ni sangat excited nak mewarna topeng. Kemudian, bermula lah waktu puncak a.k.a. waktu bising melampau. Tak larat nak tegur dah..Dengar sekejap je, lepas tu buat semula. Bikin orang panas je..littlegirlemoticon

Kali ni, aku tolong 'guide' mane-mane budak yang perlu. Bukan setakat bagitahu nak warna yang mana, nak guna warna apa pun ada yang kena bagitahu. Ada yang nak lukis bintang la dekat topeng, 'love' la, matahari pun nak! Walau macam mana pun, I had a great time with them and I did enjoyed myself by helping them here and there.


Macam-macam gelagat. Ada yang sampai terbaring, terkangkang-kangkang pon ada..huhu





Antara girls yang banyak cakap. Aku suka yang tengah menerap tu sebab mata dia bulat, comei.....Onion Icons





Kanak-kanak bersama Teacher Nurul.




Tengah hari dan petang:
Macam biasa jugak. Makan tengah hari, mandikan budak-budak(oh, ramainya anakku..haha) dan fardhu ain a.k.a. meng-ustazah-kan diri. Harini, budak-budak ni tidur petang sekejap je. Mana taknya, sorang bangun pon boleh buat bising, kacau kawan-kawan nak tidur. Ini kan pula kalau 3, 4 orang yang tak tidur.

Kali ni, giliran aku sediakan minum petang. Menu biasa yang sedap dimakan waktu petang - biskut kering cicah teh. Kasi rendam itu biskut dalam air teh, baru makan. Betul tak?? Lepas minum petang, aku tak tahu apa aktiviti diaorang sebab aku duk mengemas kat dapur. Yang pasti, no TV today.



Aktiviti esok, tunggu esok lah.hehe*grinned*



Nota hari ini: Suara boleh hilang sebab hari-hari menjerit.


post signature

No comments: