Monday, August 1, 2011

Transformasi Wajah Baru

Hari minggu yang sangat menarik, memenatkan dan memuaskan. Sebenarnya memang dah lama nak buat operasi ni. Masa yang sesuai je masalah. Sekarang, semua dah settle. Lagipun dah nak puasa, then raya pula. So, rasanya ni la masa yang sesuai untuk mengerah tenaga dan keringat segala bagai. Berkemas bukan la bidang kegemaran aku. Tapi, terpaksa gagahkan diri.


Sabtu:
Lepas makan pagi ber-menu-kan jemput-jemput, kitaorang pun mulakan operasi mengemas. Punggah segala buku, kertas dan macam-macam barang yang lama. Asingkan yang mana nak "diceraikan" dan yang mana masih kekal. Keluarkan beberapa perabot yang perlu. Cabut 'baju lantai' a.k.a tikar getah. Siapkan benda ni je dah makan masa. Aku pun teman Incik Abah pergi beli cat baru. Operasi mengecat dilakukan oleh Incik Abah sebagai ketua, aku sebagai orang kanan ketua, aiman dan najiha sebagai pekerja.hehe.

Bab mengecat yang bermula selepas Zohor melibatkan adegan panjat-memanjat memang dalam senarai aku.*grinned* So, aku insisted untuk panjat dan cat bahagian atas dinding. Ouh, sangat semangat waja aku rasa masa tu.bhahaha. Mulakan dengan warna pertama. Hurm, susah jugak nak cat ni ek? Kalau tak betul cara, jadi tak cantik, warna tak sekata. So, operasi mengecat terpaksa berhenti jam 7 petang. Sebab? Ada makan malam dekat luar dengan Kak Hana - kawan Puan Emak.

Disebabkan operasi yang tergendala sementara, terpaksa aku dengan adik aku hidup merempat dalam rumah. Mana tak nya. Tengah-tengah bilik ada katil - susah nak lalu, nak solat. Atas katil - penuh barang. So, merempat la kami berdua, tidur kat ruang tamu semalaman. Tapi aku suka.hahahah.


Ahad:
Awal pagi lagi aku dah bangun, tak sambung tidur. Cadangan menu aku - roti canai. So, Incik Abah ajak beli roti canai dekat Kampung Miskin namanya kalau tak silap aku. Don't judge a place by it's name. Makanan kat sini memang sedap okay. Sambungan operasi ni dalam pukul 9 pagi. Sambung mengecat warna kedua. Kali ni tak makan masa sangat sebab ruang yang sedikit. Lagi pun kitaorang nak siap cepat sebab nak tengok wayang Harry Potter jam 12 tengah hari. Nasib baik sempat siap cat semua. Tapi, tak sempat nak kemas segala bagai buku yang bersepah dekat meja makan.huhu. Balik dari tengok wayang, semua dah settle.



Nota kaki: Gambar kemudian. Terima kasih yang tak terhingga kepada Incik Abah atas kudrat ayahanda, kepada Puan Emak dan tak lupa pada Abang hensem sebab tolong kemas buku kitaorang dan susun semula perabot dalam bilik. Tanpa korang, memang tak berubah wajah la bilik ni...huhu

post signature

2 comments:

핑크색의 여인 said...

wuuuuuuuu~blueeeee....:))

Miss Vamp said...

hehe...blue n prple..=)