Wednesday, January 4, 2012

Moist Devil's Food Cake Martha

Kali ni, lebih mencabar minda. Disebabkan tahap belajar sangat la kurang, tapi tahap berjinba terlebih, idea datang mencurah-curah ke ladang gandum dapur. Buku diconteng dengan bukan ilmu. Itulah petanda kurang baik lagi teruk. So, lebih baik ditutup je..huhu...Berketuk-ketuk, laptop ditaip. Sudah, apa cerita tiba-tiba merangka ayat karangan? Barangkali, akibat skil membaca melebihi skil mengira..Atau, kerinduan pada cikgu BM tingkatan 5 purba dahulu kala muncul gara-gara musim cuti sekolah kian tamat. Rindu pada

"alaaa cuti skolah dah nak abis, malasnya gi skolahhh.." atau

"tak sabar nak jumpa kawan skolah.bosan la duduk rumah..."

Serahkan pada kaum pelajar sekolah untuk tolong mencari jawapan yang tepat.



Kita teruskan ke topik yang lebih hangat sehangat oven di dapur. Tanpa mukadimah merapu, mari kita bersama-sama mengambil kertas dan pen - senaman tangan atau 'on' kan suis printer.


Untuk kek
Bahan-bahan:

1 1/2 cawan (3 sticks) unsalted butter(mentega), sediakan lebih untuk gris.
3/4 cawan serbuk koko. Kalau boleh, Van Houten.(promote) sediakan lebih untuk bekas.
1/2 cawan air panas
2 1/4 cawan gula kastor
1 sudu besar esen vanilla
4 biji telur - pukul macam nak buat telur dadar
3 cawan tepung kek -diayak(bukan self-rising).tepung biasa pun boleh kalau takda tepung kek.
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu


Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 177 darjah celcius. Griskan 3 bekas pembakar kek bersaiz 8x2 inci yang bulat atau suka hati bentuk apa-apa pun. Alas bekas dengan parchment paper. Taburkan bawah dan sisi bekas dengan serbuk koko. Buang lebihan serbuk. Ayak serbuk koko dalam mangkuk saiz medium dan kacau dengan air panas. Ketepikan untuk sejuk.

2. Dalam mangkuk mixer, pukul mentega pada kelajuan rendah sehingga ringan dan gebu. Masukkan gula beransur-ansur dan pukul lagi sehingga seakan gebu lebih kurang 3-4 minit, scraping down(kaup) bahagian tepi jika perlu. Masukkan telur sedikit-sedikit dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan licin, scraping down(kaup) bahagian tepi 2 kali.

3. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepung, baking soda, dan garam. Tuang susu dalam campuran koko tadi dan kacau sebati. Dengan mixer pada kelajuan rendah, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan campuran koko. Mula dan akhir mesti dengan tepung.

4. Bahagikan adunan sama banyak dalam setiap bekas. Bakar sehingga tiada kek lekat pada cake tester yang dicucuk di bahgian tengah kek, lebih kurang 35 hingga 45 minit. Pusing bekas selepas 15minit sepaya kek masak sama rata. Pindahkan kek atas rak penyejuk dan biarkan lebih kurang 15minit. Keluarkan kek dari bekas dan biar kek sejuk sepenuhnya.

5. Cabut parchment paper dari bawah kek. Pilih kek yang paling cantik untuk dijadikan bahgian atas. Letak lapisan bawah kek atas bekas hidang. Sapukan dengan frosting. Tindih dengan lapisan kedua dan sapukan lagi frosting. Letak lapisan paling atas kek dan sapu kesemua kek dengan frosting. Hidangkan




Untuk frosting chocolate
Bahan-bahan:

24 ounces (680grams) semisweet chocolate chips (jenama Hershey's)
4 cawan whipping cream
1 sudu teh light corn syrup - optional..taknak letak pun takpe.


Cara-cara:

1. Tuang chocolate chips dan whipping cream dan bekas. Masak atas dapur pada suhu kecil. Kacau selalu menggunakan rubber spatula, sehingga bahan-bahan bercampur dan pekat, lebih kurang dalam 20-25 minit Besarkan api tahap sederhana dan kacau lagi tiga minit. Tutup api.

2. Masukkan light corn syrup dan kacau. Pindahkan frosting dalam bekas metal(besi) yang besar. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) lebih kurang 2jam. Kacau setiap 15-20 minit. Sapu cepat-cepat pada kek bila nak guna.



Hasilnya....






Rupa kek yang dah kecut lepas beberapa minit. Mula-mula keluar oven, elok je tinggi..tapi lupa nak snap gambar..huhu




Kek yang sudah di-frosting dan 'dihias' dengan corak garfu - cara orang malas =.=". Sila abaikan corak tu..hehe.







Rupa kek dari dalam..Yes, memang tak kemas, tak sama rata layer frosting kat dalam, tapi tu semua tak diambil kira sebab nanti masuk perut, tak ada yang tau rupa asal..hahahaha.





Nota kali ini: Kek birthday sendiri dan birthday Abang Long. Sempat buat sebelum balik Arau. Sangat bangga dapat buat kek kesukaan ramai...hehe. Balik nanti, nak buat lagi...Wish me luck for my final exam...huhu.


Apakah ini petanda
saya akan cepat dipinang
membuka kedai kek?hahaha



post signature

25 comments:

Ummi said...

Syabasss kakngah...Well done!! Mmg x sangka...dah la tuuu...sedaaaapp la pulak...thanks ya tinggal belen kat rumah jgk...mmg bessstt sesangat... Kawan2 abglong pun puji eh dpt mkn jgk kek yg hantar kat abglong tu...hehe.. Nampaknya kena buat lg nnt k.. muaaahhh!

Miss Vamp said...

tima kasih mak...mak pon byk tlg...mmg igt nk buat lg..n nk cuba kek lain plak nnt..hehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kenal & ziarah Kak ngah :)
Tak sia2 kan :) Syabas kerana dh berjinak2 dlm dunia masakkan!!

Yatie said...

tahniah kakngah, menjadi kek tu dngn cantik sekali...malulah cik atie mcm ni..cik atie tak pandai wat kek yg mcm ni..ganache tu ok sangat..

HomeKreation said...

Well done KakNgah from auntieRoz! Memang berbakat & tak sia2 emak KakNgah ada blog! Thumbs up!

Mat Gebu said...

Makkk aiii..anak dara sapa yang buat nihhh......tutup blog lah pakcik mat ini macam kalo.....

ummiakid-lily said...

nampak sedap kek tu kak ngah...sure ummi kesayangan banggakan...mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi...syabas..

Unknown said...

bestnye ank beranak pndai mask

Miss Vamp said...

ummiakid-lily>> mmg sdap pun kek tu..kek choc mne yg xsdap...hehe

Mat Gebu>> pkcik mat mne bleh ttup blog..nnt org yg bru nk bjinak2 ngn msak mcm sy xda idea nk amik..

auntieRoz>> time kasih...mak byk bgtau cara masak..

cik atie>> try la buat..gerenti jd nyer..

Mama Hawa/Mama Nani>> slm perkenalan...sy budak baru bljar..huhu

Love2cook Malaysia said...

Like Ummi, like daughter! The cake is sinfully delicious looking :)

Sheery Dream Cakes said...

wah!! mmg cantik ler kek tu kak ngah.. nampak sedap tu.. bertuah akak ummi dpt anak dara yg rajin ke dapur..

Miss Vamp said...

Love2Cook>> delicious looking n delicious to eat..hehe

Diana>> kek tu xcntik pon...tp memang sedap..hehe ^_^

Anonymous said...

salam..unsalted butter tu u biasa guna jenama apa ye...

Anonymous said...

sedapnya kek coklat... kegemaran sy ni!!! t lah nk try buat..... nice blog... vicit my blog k.... happy cooking to u....

Miss Vamp said...

anony>> brand SCS yg ade gmbar star..

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTFjF1_4H1vyXWeuUzLvRTwVjsebwCRFsDK0r2CaV3kw5wZ0p2ARVeLOBVD


SaifulGhani>> my fav too..^_^. try la buat..xrugi nyer..happy cooking 2 u 2 =)

aDisH.sHidA said...

terliuuuuuuuuuuuuuuuur melihat kek nie....anak n mak sama2 pandai masak

Miss Vamp said...

sy xbpe pndai lg...mak sy jer yg hebat.. ^_^

Hanisah Fakhrul said...

Salam, ur cake looks delicious, =)
1 cwn susu tu susu ape ye? fresh milk, susu cair or susu ape ye? tq =)

Miss Vamp said...

Hanie Zees>> wa'salam..sy guna fresh milk..maaf sbb xbtau detail.huhu

Hanisah Fakhrul said...

ok, thanks a lot dear, =)

Miss Vamp said...

orite...slmt mencuba ^_^

mama4A's said...

terliur nengok.. tp tk reti nk buat.. huhu..

Miss Vamp said...

mama4A's--> heheh..try la..sdappp

Misz Jazzy said...

mmg nak cubalah resipi ni..menarik n nampak sedap sgt

Miss Vamp said...

cubalahhh..^_^